Thursday, February 12, 2015

Singapura, China pemilik hartanah terbesar kalangan warga asing di Johor

JOHOR BAHRU, 12 FEB: Warga China dan Singapura menjadi pemilik terbesar di kalangan rakyat negara asing yang menguasai sektor hartanah di negeri Johor.

Kerajaan negeri Johor telah meluluskan 2,078 permohonan dari warga China tahun lalu, meningkat hampir 500% daripada kelulusan 436 permohonan pada tahun 2013.

Kelulusan permohonan daripada warga Singapura pula adalah 4,314, iaitu jumlah yang tertinggi untuk tahun lalu tetapi peratusannya kurang berbanding tahun 2013 di mana 5,335 permohonan telah diluluskan.

Kerajaan negeri Johor mengesahkan butir-butir tersebut dalam jawapan kepada soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Senai, Wong Shuqi di persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini hari ini.

Selepas Singapura dan China, pemilik asing hartanah Johor yang besar adalah Indonesia dengan 455 permohonan diluluskan pada tahun lalu, diikuti oleh Jepun (271), India (155) dan banyak lagi negara dan syarikat lain.

Di kalangan negara umat Islam antarabangsa, selain Indonesia, permohonan hartanah yang diluluskan oleh kerajaan Johor untuk mereka pada tahun lalu adalah Bangladesh (35), Pakistan (12), Yemen (7), Iraq (2), Turki (1) dan UAE (1). – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-