Showing posts with label hartanah. Show all posts
Showing posts with label hartanah. Show all posts

Tuesday, August 28, 2018

'Jangan sasar Forest City saja, larangan miliki hartanah perlu jelas'

Mohamed Khaled Nordin


ULASAN l Kenyataan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad bahawa warga asing tidak akan dibenarkan membeli hartanah di Forest City sama sekali tidak memeranjatkan.

Beliau sememangnya konsisten dalam bantahan terhadap pembangunan hartanah di Forest City dari dahulu lagi.

Dalam hal ini, Majlis Dasar Awam Umno ingin menjelaskan pendiriannya seperti berikut:

Pertama, diakui bahawa keputusan untuk mengekang pemilikan hartanah oleh warga asing bukanlah dasar yang asing kepada sesebuah kerajaan. Banyak negara termasuk negara maju seperti New Zealand telah memperkenalkan dasar seumpama itu.

Namun ia dilaksanakan secara jelas, terancang, teratur dan berperlembagaan. Bukannya secara tiba-tiba melalui satu pengumuman dan hanya dikhususkan kepada projek hartanah tertentu sahaja.

Tanpa dasar rasmi negara sebagai sandaran dan asas, kerajaan akan dilihat melakukan tindakan yang boleh dianggap berunsur diskriminasi terhadap pembangunan hartanah di Forest City.

Malah ia membuka ruang tanggapan bahawa sekatan pemilikan asing di sana didorong oleh sentimen politik dan bukan oleh pertimbangan dasar yang objektif.
Kedua, lanjutan daripada itu, kami merasakan keputusan, dasar serta pendirian menyekat pemilikan hartanah oleh warga asing seperti ini tidak seharusnya bersifat eksklusif kepada Johor semata-mata.

Ia haruslah mencerminkan dasar sebenar Kerajaan secara umum terhadap hartanah milikan asing di Malaysia secara keseluruhan.

Ia tidak boleh dilakukan secara terpilih. Lebih-lebih lagi apabila kerajaan tidak memberikan penjelasan tentang sebarang dasar baru yang akan dilaksanakan untuk mengawal pemilikan hartanah oleh warga asing.

Ketiga, sama seperti keputusan untuk tidak meneruskan rayuan dalam kes Pedra Branca, kenyataan perdana menteri dalam isu ini pastinya amat berpihak dan menggembirakan Singapura yang sejak awal menzahirkan kerisauan mendalam terhadap kelestarian projek tersebut.

Malah beberapa pihak di Singapura secara terbuka mengkritik pelaksanaan projek itu dan menyebarkan keraguan tentang kejayaannya.

Justeru, kerajaan mesti mengemukakan alasan yang jelas dan kukuh bahawa sekatan ini lebih bertujuan menjaga kepentingan Johor dan Malaysia, bukannya Singapura.

Keempat, jika keputusan menyekat pemilikan oleh warga asing di Forest City ini diteruskan, ternyata ia adalah keputusan yang akan merencatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia, terutamanya Johor.

Johor adalah negeri yang telah menyaksikan kerancakan pembangunan hartanah secara besar-besaran dan melibatkan pemain industri global yang terkemuka dari China.

Langkah menghalang warga asing dari memiliki hartanah ini akan mewujudkan lambakan aset perumahan di Johor. Kegagalan untuk menjual hartanah bernilai tinggi ini pasti memberikan tekanan luar biasa kepada ekonomi Johor.
Kelima, Majlis ini berpendirian bahawa telah tiba masanya untuk Forest City tampil dan menjelaskan sumbangan mereka kepada Johor.

Ini termasuklah jumlah cukai yang telah dibayar kepada kerajaan negeri semenjak projek itu bermula, program pembangunan sosial kepada masyarakat setempat, pembinaan kapasiti warga tempatan serta sumbangan lain kepada Johor dan masyarakatnya.

Perkongsian dan penjelasan berhubung perkara ini amat penting bagi menangani prejudis dan persepsi negatif rakyat Malaysia bahawa Forest City tidak langsung dibangunkan untuk manfaat Johor dan warganya.

Keenam, Majlis ini percaya wujud keperluan mendesak untuk Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian menyatakan pendiriannya.

Kerajaan BN sebelum ini sangat konsisten mempertahankan kewajaran pembangunan Forest City walaupun mendapat kritikan luar biasa daripada pelbagai pihak terutamanya Pakatan Harapan Johor.

Telah tiba masanya menteri besar menunjukkan ketegasan serta kepimpinannya, bukan sekadar menyepi dan akur sahaja semua tindakan persekutuan.

Malah, memandangkan anak syarikat Johor, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Berhad (KPRJ) yang dipengerusikan beliau sendiri turut memegang kepentingan dalam projek ini, maka beliau mesti menjelaskan strategi dan rancangan untuk mengatasi masalah ini dengan pengerusi partinya sendiri.

Johor memerlukan menteri besar yang berkhidmat untuk Johor, bukannya untuk kepentingan persekutuan.

DATUK MOHAMED KHALED NORDIN ialah naib presiden Umno dan bekas menteri besar Johor.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Thursday, July 2, 2015

Rafizi : Mustahil terlepas pandang terlebih bayar RM63 JUTA

SUNGAI BESI - "Tidak ada istilah terlebih bayar dalam isu pembelian hartanah di Australia oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara), orang gila sahaja terlebih bayar sampai RM63 juta! Ini semua penyelewengan!," dakwa Pengarah Eksekutif Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW), Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi, beliau sengaja menggunakan perkataan 'penyelewengan' kerana tidak akan ada mana-mana pihak yang sengaja terlepas pandang dana berjumlah RM63 juta.

"Kalau mereka (Mara) kata mereka terlebih bayar RM5 dalam pembelian hartanah di Australia, itu tak apalah.. Saya pun tidak kisah. Tetapi ini melibatkan dana sehingga RM63 juta!

"Ini dikira penyelewengan. Mana ada manusia dalam dunia ni boleh terlepas pandang RM63 juta?," sindir Rafizi pada sidang media hari ini.

Rafizi berkata demikian ketika meneliti pembelian hartanah yang dilakukan oleh Mara ke atas unit S5, 746 Swanston Street (281 unit) di Melbourne pada harga AUD$41.8 juta (RM138.6juta) pada 20 Ogos 2012.

Dakwa Rafizi lagi, berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh www.onthehouse.com.au, urusniaga tersebut dikatakan berlaku pada November 2012 pada harga AUD$23.5juta (RM75.7juta), sekali gus berbeza dengan jumlah dana yang dilulus dan dilaporkan oleh Mara.

"Dalam laporan Mara, harga jual beli hartanah tersebut berjumlah RM138.6 juta sedangkan harga jual beli yang dilaporkan perunding hartanah bebas pula adalah RM75.7juta.

"Jumlah ini berkemungkinan adalah jumlah yang diselewengkan kerana jumlah yang diluluskan oleh Mara tidak semuanya digunakan untuk membeli unit-unit hartanah di 746, Swanston Street," katanya lagi.

Justeru itu, Rafizi menuntut pihak Mara tampil membuat penjelasan berhubung isu tersebut, selain menggesa Mara mendedahkan pihak yang mengaut keuntungan dalam hasil jual beli hartanah tersebut.

"Mara lapor lulus dana untuk beli hartanah sampai RM138.6juta. Entah bagaimana RM63juta dari jumlah dana tersebut tercicir entah di mana. Tidak sampai ke Australia," bidasnya lagi. - SH

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=296532:rafizi-mustahil-terlepas-pandang-terlebih-bayar-rm63-juta&Itemid=2#ixzz3eiHvW5xF
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Friday, June 26, 2015

Mara serah dokumen untuk siasatan SPRM

Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa hadir memberi keterangan kepada media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya selepas menghantar dokumen mengenai isu pembelian hartanah di Australia oleh MARA. - Foto TRP/Daniel Chan

PUTRAJAYA, 26 Jun:

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa menyerahkan dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah blok pangsapuri di Melbourne Australia oleh Mara.

Beliau yang tiba kira-kira jam 12.10 tengah hari menyerahkan dokumen dan keluar kira-kira satu jam selepas itu.

Annuar berkata, dokumen tersebut adalah berkaitan dengan pembelian pangsapuri yang dapat digunakan untuk siasatan.

“Saya hadir untuk menyerahkan dokumen seawal mungkin dan kami (MARA) bersetuju untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM sepanjang siasatan.

“Kita mahukan perkara ini diberikan keutamaan dan disegerakan siasatan,” katanya kepada media selepas menyerahkan dokumen kepada Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Jamidan Abdullah di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Menurutnya, berhubung siasatan dalaman MARA berhubung isu itu, satu lagi auditor di bawah Unit Integriti Mara akan ditambah bagi menjalankan siasatan secara terperinci.

“Kami membuat keputusan untuk melantik auditor antarabangsa yang akan dibentuk dalam masa terdekat ini supaya lebih kreadibiliti bagi memperkemaskan pada masa akan datang,” katanya.

Annuar ketika ditanya laporan audit yang dijalankan Mara berhubung isu itu, beliau berkata, laporan sudah diserahkan semalam dan perlu meneliti semula laporan itu.

Apabila ditanya sama ada pihaknya sudah mengenal pasti individu yang terlibat melalui laporan audit dalaman Mara, beliau enggan menggulas namun mengesahkan individu terlibat sudah dikenal pasti.

“Buat masa ini kami berbincang dalam mesyuarat majlis berhubung laporan ini kerana khuatir akan di saman sekiranya salah,” katanya.

Sementara itu, Jamidan dalam kenyataanya hari ini berkata, SPRM telah memulakan siasatan berhubung isu pembelian hartanah di Australia oleh Mara Incorporated Sdn Bhd.

“SPRM telah menghantar pegawai ke Melbourne untuk mendapatkan dokumen dan maklumat yang boleh membantu siasatan.

“Beberapa invididu telah dan akan dipanggil berkaitan isu ini untuk diambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu selaras dengan peruntukan Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, Portal akhbar Australia, The Age melaporkan seorang pegawai tinggi Mara, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta ringgit dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne yang dilabel sebagai penipuan urus niaga hartanah.

Akhbar itu mendakwa ‘sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya’ terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandaraya itu pada 2013.

Ketiga-tiga pegawai itu didakwa ‘membida lebih tinggi’ bagi harga bangunan itu yang dikenali sebagai ‘Dudley International House’, daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan jumlah perbezaan wang itu dijadikan rasuah di dalam negara.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/26/mara-serah-dokumen-untuk-siasatan-sprm/#ixzz3e9MUrmCC

Thursday, February 12, 2015

Singapura, China pemilik hartanah terbesar kalangan warga asing di Johor

JOHOR BAHRU, 12 FEB: Warga China dan Singapura menjadi pemilik terbesar di kalangan rakyat negara asing yang menguasai sektor hartanah di negeri Johor.

Kerajaan negeri Johor telah meluluskan 2,078 permohonan dari warga China tahun lalu, meningkat hampir 500% daripada kelulusan 436 permohonan pada tahun 2013.

Kelulusan permohonan daripada warga Singapura pula adalah 4,314, iaitu jumlah yang tertinggi untuk tahun lalu tetapi peratusannya kurang berbanding tahun 2013 di mana 5,335 permohonan telah diluluskan.

Kerajaan negeri Johor mengesahkan butir-butir tersebut dalam jawapan kepada soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Senai, Wong Shuqi di persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini hari ini.

Selepas Singapura dan China, pemilik asing hartanah Johor yang besar adalah Indonesia dengan 455 permohonan diluluskan pada tahun lalu, diikuti oleh Jepun (271), India (155) dan banyak lagi negara dan syarikat lain.

Di kalangan negara umat Islam antarabangsa, selain Indonesia, permohonan hartanah yang diluluskan oleh kerajaan Johor untuk mereka pada tahun lalu adalah Bangladesh (35), Pakistan (12), Yemen (7), Iraq (2), Turki (1) dan UAE (1). – Roketkini.com

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-