Tuesday, April 28, 2015

Ungkapan "darjat dan bangsawan" duta hanya memburukkan keadaan Najib

oleh Hazlan Zakaria

KOMEN: Artikel majalah Tempo Indonesia baru-baru ini mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mungkin tidak akan mendapatkan pujian dari kerajaan Malaysia.

Malahan, artikel bertajuk "Hidup Mewah Sang Perdana Menteri" itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati kepimpinan Malaysia sehinggakan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Zahrain Hashim mengumumkan pada 23 April bahawa beliau akan menemui editor Tempo untuk memperbetulkan dakwaan salah faham yang terkandung dalam artikel tersebut.

Sementara itu, Tempo telah menolak kritikan mengenainya, menyatakan bahawa majalah itu mempertahankan artikel itu kerana ia telah menyemak sumbernya dengan teliti sebelum menerbitkannya. Majalah itu bagaimanapun sedia menerbitkan apa-apa maklumat atau versi baru yang Zahrain atau kerajaan Malaysia mahu sediakan.

Editor kanan Tempo, Purwanto Setiadi memanjangkan tawaran itu kepada Zahrain, yang menyatakan bahawa ia akan menjadi "satu penghormatan jika beliau datang sekali-sekala".

Spekulasi mengenai kekayaan Najib telah bertiup kencang sejak kebelakangan ini, suatu akibat yang tidak dijangka dakwaan salah urus 1Malaysia Development Berhad.

Sehubungan ini, Najib dan keluarganya telah diteliti bagi apa-apa tanda-tanda perbelanjaan berlebih-lebihan atau melampau, dan media tempatan dan asing merebut peluang untuk mendedahkan apa-apa contoh sensasi.

Kekerapan 'pendedahan' sebegini telah meningkat ke tahap sebuah kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri yang bertujuan untuk memadamkan spekulasi mengenai kekayaan Najib, turut menjadi kontroversi.

Kenyataan itu menggerakkan satu siri peristiwa yang membawa kepada kenyataan oleh empat adik Najib, selepas mereka terasa dengan spekulasi ke atas harta pusaka mereka.

Ini dan banyak contoh lain telah disertakan dalam artikel Tempo itu.

Zahrain cuba berhujah dengan menekankan mengenai integriti Perdana Menteri, dan dilaporkan berkata, "Perdana Menteri berdarjat dan bangsawan. Perbelanjaan itu tidak menjadi masalah jika beliau mampu.

"Ia menjadi masalah hanya jika ia melibatkan rasuah dan penyelewengan dana, dan sebagainya."

Usaha Zahrain itu mungkin tidak mempunyai kesan yang ketara terhadap spekulasi-spekulasi dan akan dilihat sebagai satu lagi usaha mengalihkan perhatian di pihak Najib. Ini kerana Zahrain dan mana-mana jurucakap sebelumnya tidak pernah menangani isu kekayaan Najib secara langsung.

Walaupun keturunan yang tinggi dan mulia boleh menyumbang kepada banyak perkara, ia tidak menyebabkan seseorang kebal daripada rasuah dan salah laku lain. Spekulasi masih terbesar apabila terdapatnya kekurangan bukti objektif dan pendirian yang jelas.

Keengganan berterusan Najib untuk menyelesaikan isu ini secara langsung, dan sikap bergantungnya ke atas jurucakap tumpang tidak akan mengurangkan khabar-khabar angin ini, tetapi sebaliknya menyediakan lebih ‘bahan’ bagi mereka yang menentangnya.

Mungkin sikap berdiam diri Najib adalah disebabkan oleh 'kedudukan tinggi dan keturunan yang mulia' itu. Lagipun, mereka yang berdarah mulia pastinya tidak akan merasai keperluan untuk menangani rungutan tanpa tujuan orang kebanyakan.

Tetapi Najib bukannya seorang raja dulukala, beliau adalah seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik sebuah negara moden dan harus berkhidmat bagi rakyat, berikrar untuk berkhidmat bagi mereka yang mengundi beliau dan partinya.

Tindakan membandingkan beliau dengan kerabat-kerabat diraja kita adalah sia-sia, kerana sultan-sultan kita mendapat elaun dan perbelanjaan mereka dibayar oleh dana awam, sudah tentu mewah berbanding dengan rakyat biasa, tetapi masih terhad kepada tahap tertentu, jika tidak, ia akan menyebabkan penelitian dari rakyat dan kerajaan awam.

Kerabat-kerabat diraja Malaysia yang bijak dari segi kewangan mempunyai empayar perniagaan sendiri dan menjalani kehidupan mewah dan terkenal, tidak dihadkan elaun kerajaan mereka.

Bagaimanapun, Najib sendiri adalah seorang ahli politik kerjaya yang telah memegang jawatan sejak tamat pengajian universiti. Tidak mungkin beliau mempunyai masa untuk menjana kekayaan yang bebas daripada gajinya sebagai seorang penjawat awam yang telah mendedikasikan hayatnya kepada bidang politik secara sepenuhnya.

Itulah salah satu sebab utama di sebalik spekulasi yang berleluasa mengenai kekayaan beliau hari ini. Ramai yang mempersoalkan bagaimana seorang seperti beliau mampu hidup seperti yang didakwa oleh pelbagai laporan berita.

Sebenarnya, Najib dan saudara-saudaranya turut telah mengadu mengenai spekulasi terhadap harta pusaka, yang dimulakan secara tidak sengaja oleh kenyataan PMO itu.

Mereka berkata bahawa bapa mereka, Tun Razak adalah seorang yang berpewatakan sempurna dan bersifat berjimat cermat, jadi beliau tidak pernah menyalahgunakan mana-mana wang negara.

Malangnya, bukannya rakyat tetapi pejabat Najib sendiri yang memulakan spekulasi itu terlebih dahulu, melalui perbincangan mereka mengenai harta pusaka. Dan komen seterusnya Zahrain mengenai kedudukan dan keturunan, sudah pasti akan digunakan untuk menjana lebih banyak khabar angin.

Cara yang paling mudah dan baik untuk menamatkan semua ini adalah bagi Najib menjawab dan memberi penjelasan. Mungkin pengisytiharan harta dan kekayaannya, walaupun tidak diperlukan, boleh digunakan sebagai bukti yang tidak dapat disangkal bagi mematahkan khabar-khabar angin ini.

Kerana melainkan jika perkara ini dijelaskan dan kata-kata seperti "harta pusaka", "darjat" dan "bangsawan" terus digunakan, orang ramai akan terus membuat spekulasi mengenai kekayaan Najib.

Dan walaupun Tempo dan penerbitan berita lain akan terus menulis artikel sensasi sebegini, kita takut untuk memikirkannya terhadap negara kita dan kesejahteraan rakyatnya.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Ungkapan-darjat-dan-bangsawan-duta-hanya-memburukkan-keadaan-Najib#sthash.wPsvhuel.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-