Friday, May 1, 2015

Himpunan #BatalGST aman, tersusun dan berdisiplin

HARAKAHDAILY | 01 Mei 2015.

KUALA LUMPUR: Himpunan #BatalGST hari ini adalah himpunan aman bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ia adalah untuk menzahirkan kezaliman cukai itu terhadap rakyat.

Justeru, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyeru para peserta supaya berjalan perlahan dalam keadaan aman, tersusun dan berdisiplin dari pekarangan Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka.

"Kita nak tunjuk ini bukan himpunan ganas tetapi aman, berdisiplin dan teratur," ujarnya ringkas sebagai taklimat kepada para peserta yang berkumpul di Masjid Negara.

Beliau berucap pada jam 2.05 petang sekitar lima minit selepas menunaikan solat fardu Jumaat sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Turut bersama ialah Datuk Kamarudin Jaffar, Dr Mohd Hatta Ramli dan Mohamed Hanipa Maidin. - HARAKAHDAILY 1/5/2015

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-