Friday, July 10, 2015

Bekas setiausaha Pemuda PAS terpaksa bermalam dilokap kerana pendakwa cuai

Bekas Setiausaha Pemuda PAS Nasaie Ismail terpaksa bermalam di lokap hanya kerana pihak pendakwa tidak tahu beliau datang ketika sebutan kes mahkamah sebelum ini.

Namun yang membuatkan beliau kesal adalah kerana ditangkap di rumahnya ketika semua orang sedang tidur iaitu jam 2.15 pagi.

"Mai ambik jam 2.15 pagi memang tak bertamadun, walhal waran tangkap keluar 7 Julai lagi," kata Nasaie kepada The Malaysian Insider.

Nasaie ditahan polis di rumahnya dekat TTDI Jaya, Shah Alam awal pagi tadi selepas waran tangkap dikeluarkan ke atas beliau dengan alasan tidak hadir ke mahkamah pada 7 Julai baru-baru ini ketika perbicaraan kes perbicaraan himpunan bantahan terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Ibu Pejabat Kastam.

Beliau dibawa ke balai polis Petaling Jaya dan dibebaskan jam 9 pagi ini selepas waran tangkap itu dibatalkan.

"Saya hadir ke mahkamah 7 Julai baru-baru ini, mahkamah yang tidak catat," katanya yang bersama-samanya dengan 78 lagi tertuduh ditahan kerana perhimpunan membantah GST itu.

Sementara itu, Pemuda Gerakan Harapan Baru mengecam prosedur tangkapan yang dibuat ke atas Nasaie.

Penyelarasnya Sany Hamzan berkata, walaupun mempunyai waran, tangkapan yang dibuat jam 2.15 pagi adalah berlebihan dan amat memalukan apatah lagi ketika itu beliau sedang beribadah dan berehat dengan anak-anak dan keluarga.

"Lebih baik tenaga dan kekuatan anggota ditumpukan untuk menyiasat Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang dibelit skandal kewangan yang masih belum terjawab sehingga kini," kata Sany dalam satu kenyataan.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-setiausaha-pemuda-pas-terpaksa-bermalam-dilokap-kerana-pendakwa-cuai#sthash.DK5DSxaV.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-