Sunday, August 2, 2015

UMNO, parti 'YES MAN'...........?

Tidak bolehlah sentiasa hendak 'Yes Man, Yes Man'

NURUL AINI MOHAMED ALI

Mohd Shafie Apdal - Foto Sinar Harian

KUALA KUBU BHARU - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan ‎seorang pemimpin seharusnya sanggup menerima teguran bagi memastikan landasan perjuangan parti itu dapat dicapai.

Beliau berkata, ‎ Umno perlu mempertingkatkan perjuangan dalam parti itu dan pemimpin mesti bersedia untuk menerima pandangan lain.

"Tingkatkan perjuangan dan dalam perjuangan, kita harus menerima hakikat, sebagai pemimpin bangsa, kita mesti sanggup ditegur dan menerima teguran.

"Takkan semua nak 'Yes Man, Yes Man'," katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, di sini, hari ini.

Beliau turut mempersoalkan masih ada yang menafikan kedatangan beliau sebagai perasmi dalam mesyuarat Umno Bahagian.

"‎Saya merupakan pengasas Umno Sabah, tak mungkin saya dihalang hadir ke mesyuarat parti.

"Nak wujudkan Umno di Sabah juga bukan mudah. ‎Walaupun sehari dua ini ada saya dengar nama saya dibatalkan untuk menjadi perasmi.

"Tapi mesyuarat ini bukan mesyuarat Menteri Luar dan Wilayah, ini mesyuarat Umno Wilayah, tidak akan luntur Umno saya ni," tegasnya.

Menurutnya lagi, menjadi lumrah pasang surut dalam politik dan beliau masih tetap setia bersama Umno.

"Di sepanjang usia 30 tahun saya dalam politik, ada pasang surut. Itu biasa. Tapi, kita pasanglah niat masuk politik untuk membela bangsa dan agama.

"Apa yang ada dengan kita, sama ada kuasa atau darjat, itulah pengantara kita untuk bantu rakyat. Inilah cabaran sebenar yang perlu saya hadapi.

"Saya akan teruskan perjuangan Umno yang dicintai," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-