Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Friday, September 25, 2015

Anak muda DAP kesal AidilAdha dicemari khutbah itnah


KUALA LUMPUR: Pemimpin muda DAP kesal berikutan Jabatan Mufti Negeri Pahang
menggunakan khutbah untuk memfitnah parti itu sedangkan kerosakan negara banyak
berlaku menggunakan label Islam.

Pada kenyataan bersama sembilan pemimpin muda DAP beragama Islam hari ini, mereka
menyifatkan sambutan AidilAdha dicemari penyampaian khutbah berunsur politik dan fitnah
terhadap DAP.

“Di kala umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan kesabaran
anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT, ia dicemari penyampaian
khutbah berunsurkan politik dan fitnah,” kata kenyataan itu.

Pada kenyataan itu, mereka menyifatkan jabatan agama sepatutnya mengajak perpaduan
umat Islam dengan mengecam pemimpin yang menggunakan label Islam tetapi menzalimi
rakyat.

“Menggunakan label Islam tetapi mengapi-api permusuhan melalui isu agama dan kaum,
dan yang mengamalkan korupsi serta menyalahgunakan kuasa dalam menjalankan amanah
mentadbir negara.

Kenyataan itu juga menolak andaian kononnya perpecahan umat Islam disebabkan parti
politik termasuk DAP hingga menyerlahkan kelemahan dan kehilangan kuasa pemerintahan
umat Islam di negara ini.

Menolak keras fitnah kononnya DAP parti yang menentang Islam, mereka menyifatkan
kepelbagaian dan kewujudan parti politik baru bukan tanda perpecahan sebaliknya
menunjukkan kematangan umat Melayu-Islam di negara berdemokrasi.

“Penting untuk kita bezakan peranan dan fungsi parti politik dalam sistem demokrasi dan
perpaduan agama. Kita harus merai perbezaan bukan sahaja melalui kaca mata politik,
malah dalam agama dan fahaman.

“Sedangkan aliran fiqh dan pemikiran dalam Islam itu sendiri menunjukkan kemajmukkan
sehingga membentuk pelbagai mazhab,” katanya kenyataan itu.

Mereka percaya dakwaan kelemahan dan kehilangan kuasa pemerintahan umat Islam hanya
retorik parti yang kononnya memperjuang Melayu-Islam sedangkan hanya mahu
mempertahan kuasa pemerintahan semata-mata.

“DAP pula sebagai parti politik yang menjunjung perlembagaan sebagai asas pembentukan
negara ini mengiktiraf dan menghormati Islam sebagai agama rasmi. Isu menentang dan
anti Islam adalah fitnah politik semata-mata,” katanya.

Kenyataan itu juga mengajak rakyat Malaysia mendalami konsep pengorbanan dari kaca
mata yang lebih luas dan konsep perpaduan yang bermakna dan bermanfaat

Ia dibuat bersama Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal; Ahli Jawatankuasa Wanita
DAP Selangor, Young Syefura Othman; Bendahari Pemuda DAP Subang, Tarmizi Anuwar;
Penolong Setiausaha Pemuda DAP Bukit Bintang, Masyhur Abdullah; Setiausaha Publisiti
Pemuda DAP Subang, Numan Saadan; Pengerusi DAP Taman Seroja, Azfar Faruq; Ahli DAP
Bandar Utama, Farhan Haziq; Ahli DAP Brunei Pudu, Iza Suraiya dan Ahli DAP Bukit
Bendera, Izmil Amri.