Sunday, September 27, 2015

Berapa banyak yang kita benar-benar tahu tentang Umno Baru?

oleh Mariam Mokhtar

SEPINTAS LALU: Parti Umno di era Tunku, bukanlah Umno Baru yang ada pada hari ini. Umno Baru adalah ciptaan bekas PM Dr Mahathir Mohamad. Ia mengamalkan tradisi zaman lama pecah dan perintah.
Tun Dr Ismail Abdul Rahman
Ahli silap mata menggunakan cermin dan kepantasan tangan untuk membuat helah yang baik. Demikian juga, Umno Baru mahir membuat ilusi. Ia memesongkan perhatian negara dengan tanggapan berbaur perkauman dan agama, namun ia hanya berbuat begitu apabila pemimpinnya dipalit dengan skandal korupsi.

Untuk satu ketika, berhenti membayangkan orang Melayu diwakili oleh Umno Baru, dan tanya diri anda sendiri: Berapa banyak yang kita benar-benar tahu tentang Umno Baru? Anda mungkin terkejut untuk mengetahui terdapat lebih banyak, daripada bertemu mata...untuk semua yang bernama; U-M-N-O-B-A-R-U.

U adalah untuk Unprincipled (Tidak berprinsip).

Orang terakhir yang berintegriti dalam Umno ialah bekas Timbalan PM, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, yang meninggal dunia pada 1973.

Hari ini, Umno Baru menggunakan wang pembayar cukai seperti milik mereka sendiri. Ia memiliki media arus perdana dan merompak kebebasan institusi, seperti polis, Mahkamah dan Suruhanjaya Pilihan Raya. Penjawat awam, yang condong ke arah Pembangkang, sama ada dipecat, diturun pangkat, diketepikan atau dipindahkan. Taktik-taktik ganas disalurkan kepada Mat Rempit untuk mengancam NGO dan ahli politik Pembangkang.

Mungkin cogankata Umno Baru ialah “Tidak berprinsip pada nama, tidak berprinsip pada sifat”.

M adalah untuk Mahathir, dan juga untuk 1MDB.
Tengku Razaleigh Hamzah
Mahathir begitu marah apabila Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Umno parti haram, apabila Tengku Razaleigh Hamzah, memfailkan cabaran undang-undang, selepas pemilihan parti yang meragukan pada 1987.

Berasa malu, Mahathir berusaha untuk menghancurkan badan kehakiman. Beliau menubuhkan Umno Baru pada 1988, dengan memindahkan kesemua aset-aset Umno ke Umno Baru. Hari ini, dengan legasi beliau yang semakin terhakis, beliau sedang cuba yang terbaik untuk menyingkirkan Najib Abdul Razak menggunakan 1MDB sebagai senjatanya.

N adalah untuk nepotisme, dan juga untuk Najib.

Najib Razak telah dipilih oleh Mahathir, untuk menggantikan PM Abdullah Badawi (yang enggan untuk mengizinkan projek-projek kesayangan Mahathir). Mahathir dan ahli-ahli politik Umno Baru/BN, melayan Kabinet seperti menjalankan firma kendalian keluarga. Nepotisme berleluasa, dalam Umno Baru/BN, dan juga dalam Pembangkang.

O adalah untuk Oppression (Penindasan).

Malaysia secara relatifnya bebas daripada bencana alam. Ianya membentuk kehancuran yang disebabkan oleh taufan, gempa bumi dan aktiviti gunung berapi, oleh kesan sampingan daripada dasar-dasar Ahli Parlimen Umno Baru. Penyelewengan Umno Baru telah mewujudkan masyarakat yang berpecah, ekonomi yang rosak dan alam sekitar yang musnah di luar bandar.

B adalah untuk Bribery & Corruption (Rasuah & Korupsi).

Ramai bekas menteri-menteri BN yang bertanggungjawab dalam projek-projek gagal bernilai bilion ringgit dan gajah putih. Rasuah adalah hampir gaya hidup dalam Umno Baru, tetapi dalam beberapa kejadian, dakwaan telah dibuat, tetapi tiada kesabitan yang dijatuhkan.
A adalah untuk Anwar Ibrahim, dan juga Altantuya.

Bekas Timbalan PM, Anwar Ibrahim telah melalui satu tempoh renungan selepas bertahun-tahun dikurung dalam Sodomi 1. Beliau cuba untuk memperbetulkan kerajaan, apabila beliau dibebaskan dari penjara, tetapi dilihat sebagai ancaman, bukan sahaja oleh Mahathir tetapi juga oleh Najib.

Najib bukan sahaja cuba melawan tuduhan 1MDB, tetapi juga beliau diganggu oleh hantu model Mongolia, Altantuya.

R adalah untuk Revenge (Balas dendam).

Mahathir mungkin mempunyai keperluan menekan untuk mengekalkan legasi beliau, tetapi beliau juga mempunyai masalah sungutan timbalan-timbalan.

Anwar yang keras kepala pernah dianggap sebagai ancaman, dan disingkirkan. Apabila beliau bebas dari penjara selepas perbicaraan Sodomi I, Anwar telah dilihat sebagai reformis dan wira. Malangnya, kedua-dua Najib dan Mahathir menganggap beliau sebagai ancaman kepada agenda peribadi mereka.

Balas dendam turut dilaksana oleh Najib, dalam bentuk Sodomi II. Mahathir menyokongnya bersungguh-sungguh.

U adalah untuk Undermocratic party (Parti tidak demokratik)

Kerajaan Umno Baru yang tidak demokratik, yang telah menipu pada PRU13, gagal untuk membawa kerajaan bersih. Dalam usaha untuk membawa negara ke arah kerajaan yang bersih dan dipilih secara demokratik, rakyat Malaysia memilih Bersih 4.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Berapa-banyak-yang-kita-benar-benar-tahu-tentang-Umno-Baru#sthash.3AEIjlmd.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-