Saturday, September 5, 2015

Dengan tertubuhnya Amanah, parti pembangkang mula bincang gabungan baru

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
Published: 5 September 2015 6:46 PM

Pengerusi GHB Mohamad Sabu (kanan) berkata perbincangan rasmi dan pengumuman mengenainya hanya akan diadakan selepas Amanah secara rasmi dilancarkan pada 16 September. – Gambar The Malaysian Insider Hasnoor Hussain, 5 September, 2015.

Parti pembangkang mula mengadakan perbincangan secara tidak rasmi untuk membentuk sebuah gabungan baharu berikutan pembentukan Parti Amanah Negara (Amanah), kata pengerusinya Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, perbincangan rasmi dan pengumuman mengenainya hanya akan diadakan selepas Amanah secara rasmi dilancarkan pada 16 September, kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu.

"Secara tidak rasmi, kami dah mula. Kami umumkan parti kami pada 31 Ogos dan pada 16 September, kami akan lancarkan parti baharu itu.

"Kemudian, kami akan mulakan perbincangan rasmi," katanya selepas menghadiri satu majlis kerajaan negeri di Masjid Bayan Baru hari ini.

Ditanya sekiranya PKR akan memilih Amanah menggantikan PAS untuk menjadi sebahagian anggota gabungan parti pembangkang baharu, beliau memberi gambaran yang parti itu masih belum menjelaskan pendiriannya, tidak seperti DAP.

"Kamu kena tanya PKR tentang perkara itu, tetapi DAP sudah tentu memilih Amanah," kata bekas timbalan presiden PAS itu.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dengan-tertubuhnya-amanah-parti-pembangkang-mula-bincang-gabungan-baru#sthash.MX4kjHnn.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-