Monday, September 7, 2015

Guan Eng pelawa PAS cabarnya di Air Putih

Susan Loone
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempelawa PAS bertanding di kerusi yang diwakilinya - DUN Air Putih di Pulau Pinang.

Lim merujuk kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata PAS bercadang meletakkan ahli bukan Melayu dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di kerusi yang ditandingi DAP dalam pilihan raya umum akan datang.

Lim berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan Hadi itu, kerana pandangan ini seolah-olah selaras dengan dasar baru PAS terhadap DAP.

"Kenyataan Hadi sudah dijangka. Tetapi ini adalah demokrasi di mana semua pihak mempunyai hak untuk bertanding," kata Lim dalam sidang media di Komtar hari ini.

"Jika PAS yakin, DAP akan menerima cabaran itu dengan rendah diri, kerana kita menjangka untuk meraih undi berdasarkan prestasi kami, urus tadbir yang baik dan pentadbiran yang bersih," katanya

"Kami tidak bankrap, seperti sesetengah negeri," kata ketua menteri Pulau Pinang itu.

Lim berpendapat PAS mungkin mempunyai rancangan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang menjelang 2018.

Bagaimanapun, Lim berkata, beliau tidak pasti sama ada PAS benar-benar mahu menang atau menjadi "pengacau" supaya BN dan Umno boleh menang dalam pilihan raya.

"Kami akan serahkan kepada rakyat menjadi hakim. Jika PAS benar-benar mahu bertanding di kerusi kami, saya mengalu-alukan mereka ke DUN saya di Air Putih, "katanya.

"Kita akan menghadapi mereka dengan rendah diri. Kami tidak akan ambil mudah," kata Lim. Mkini English

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-