Saturday, September 5, 2015

Najib beri lebih banyak kebebasan kepada rakyat berbanding Tun M

Abdul Aziz berpendapat, keadaan di Malaysia lebih baik di bawah pentadbiran Najib, berbeza zaman Dr Mahathir yang menggunakan undang-undang menekan untuk mengekang orang ramai. - Foto arkib TRP

PUTRAJAYA, 5 September:

Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi lebih banyak kebebasan kepada rakyat, berbanding zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang dipetik The Malaysia Insider berkata, keadaan di negara ini lebih baik di bawah pentadbiran Najib, berbeza dengan zaman Dr Mahathir yang menggunakan undang-undang menekan untuk mengekang orang ramai.

“Pada hari anda tiba, anda lihat orang ramai berdemonstrasi di jalanan, perkara itu tidak akan berlaku pada zaman Dr Mahathir,” katanya merujuk kepada perhimpunan Bersih 4 selama 34 jam pada hujung minggu lalu.

Jelasnya, perhimpunan sedemikian tidak berlaku dahulu dan jika ia berlaku, kemungkinan peserta perhimpunan akan berdepan tembakan meriam air untuk menyuraikan mereka.

Beliau berkata demikian pada sesi bengkel pada Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IAAC) ke-16, semalam.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/05/najib-beri-lebih-banyak-kebebasan-kepada-rakyat-berbanding-tun-m/#ixzz3kpFDj364

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-