Sunday, September 6, 2015

Najib mesti jawab dakwaan terhadapnya sekali gus, kata timbalan menteri

Published: 6 September 2015 6:34 PM
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kepada The Star dalam satu temu bual panjang yang diterbitkan di laman webnya hari ini, dengan mendedahkan maklumat sedikit demi sedikit, isu tersebut terus menarik lebih banyak perhatian dan menimbulkan lebih banyak tanda tanya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberikan jawapan terhadap dakwaan di sekelilingnya, termasuk berhubung wang derma AS$700 juta (RM2.6 bilion), secara sekali gus, bukannya "sedikit demi sedikit", kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Timbalan menteri dalam negeri itu berkata kepada The Star dalam satu temu bual panjang yang diterbitkan di laman webnya hari ini, dengan mendedahkan maklumat sedikit demi sedikit, isu tersebut terus menarik lebih banyak perhatian dan menimbulkan lebih banyak tanda tanya.

"Saya tidak tahu jika PM sedar atau tidak. Tetapi beliau perlu menjawab segala-galanya sekali gus dan bukannya bertindak balas dengan sedikit-demi sedikit," kata Nur Jazlan.

Beliau memberi contoh RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun Najib, dan bagaimana Najib hanya menafikan menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi selepas The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan perkara itu pada awal Julai.

Kemudian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan dana itu merupakan "derma politik" daripada sumber Timur Tengah.

"Ia wang yang masuk ke dalam akaun peribadi, kemudian ia menjadi satu derma, kemudian ia datang dari Arab Saudi, dan kemudian, siapa dari Arab Saudi itu?

"Ia hanya mengundang lebih banyak soalan," beliau memberitahu The Star. – 6 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-mesti-jawab-dakwaan-terhadapnya-sekali-gus-kata-timbalan-menteri#sthash.8cQR2imw.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-