Tuesday, September 8, 2015

Tiada pemecatan Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz esok, kata Zahid

OLEH YASMIN RAMLAN
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata soal pemecatan atau sebagainya tidak dimaklumkan dan tidak pernah dibincangkan. Belia berkata demikian ketika diminta mengesahkan kenyataan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengenai khabar angin tersebut.Gambar fail The Malaysian Insider, 8 September, 2015.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyangkal khabar angin Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan dipecat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) esok.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata demikian apabila diminta mengesahkan kenyataan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengenai khabar angin tersebut.

"Tak dimaklumkan dan tidak pernah dibincangkan mengenai pemecatan atau sebagainya.

"Jadi jangan buruk sangka dan melakukan spekulasi terhadap perkara berkenaan," katanya kepada pemberita pada sidang media di Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Terdahulu hari ini, Bernama melaporkan Khairy yakin tiada pemimpin kanan parti akan dipecat semasa mesyuarat MT Umno esok.

"Saya 100% yakin tiada pemimpin kanan parti akan dipecat esok," katanya kepada pemberita.

Semalam, satu perjumpaan khas dengan Biro Politik Umno diadakan sebagai persediaan sebelum menghadapi mesyuarat MT pada 9 September.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan sendiri Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno.

Sebelum ini tersebar di media sosial kononnya Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz akan dipecat pada 9 September. – 8 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tiada-pemecatan-muhyiddin-shafie-dan-mukhriz-esok-kata-zahid#sthash.mx0jXdjj.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-