Showing posts with label Naib Presiden UMNO. Show all posts
Showing posts with label Naib Presiden UMNO. Show all posts

Sunday, August 7, 2016

Bekas pemimpin UMNO gali kubur sendiri - Zahid

 Send by Email
Bagan Datoh – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas bekas pemimpin Umno yang membentuk parti serpihan dengan menyifatkan kumpulan itu hanya menggali kubur mereka sendiri dan tidak akan bertahan lama dalam politik Malaysia.

“Hanya kerana anda mempunyai perbezaan dengan seorang individu, anda membentuk sebuah parti baharu untuk kepuasan anda sendiri.

“Anda menggali kubur sendiri dengan berbuat demikian,” katanya kepada perwakilan Umno Bahagian Bagan Datoh pada Sabtu.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata, hanya “orang kecewa” yang membentu parti serpihan tetapi Umno tidak dibina di atas kekecewaan.

“Umno telah ditubuhkan atas dasar perpaduan, kebersamaan dan kesatuan.

“Jika kita mempunyai masalah, kita akan menyelesaikannya antara diri kita sendiri. Itulah sebabnya parti ini kuat.

“Jika kita mempunyai perbezaan, silakan… jika anda ingin membenci seseorang, bencilah orang itu tetapi jangan pernah membenci parti. Masalah boleh diselesaikan,” katanya.

Selain itu Ahmad Zahid berkata, pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar juga meninggalkan parti itu dan membentuk parti baharu tetapi beliau tidak berjaya dalam cita-cita politiknya.

“Banyak parti serpihan telah datang dan pergi tetapi Umno kekal kukuh dalam arena politik Malaysia,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan beberapa bekas pemimpin Umno, Ahmad Zahid berkata:

“Mereka yang mengalami menopaus politik akan meninggalkan dan menubuhkan parti baru.

“Jika parti politik mempunyai masalah, ia adalah normal. Organisasi juga mempunyai masalah. Jangan membentuk sebuah parti politik jika anda mengalami menopaus politik. Anda hanya menyokong sesebuah parti apabila anda mempunyai kedudukan, itu tidak betul. ”

Beliau menggesa ahli-ahli parti untuk menghentikan kebencian terhadap Umno kerana “parti itu tidak bersalah.”

Pada Khamis, bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menubuhkan parti baharu yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad dan berharap ia akan diluluskan. 

mStar

Saturday, February 6, 2016

Zahid: Bekas pemimpin Umno perlu sokong kepimpinan sekarang

Bekas kepimpinan Umno perlu menyokong kepimpinan sekarang sebagaimana mereka memerlukan sokongan ketika memiliki jawatan dahulu, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri turut bersetuju dengan kenyataan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menerusi laman Facebooknya yang menempelak Tan Sri Rafidah Aziz yang didakwa menyimpang daripada nasihat yang selalu diberi.

Menerusi laman Facebooknya, Shahrizat berkata kenyataan bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu tidak mengikut nasihat yang selalu diberi sebelum ini, iaitu sentiasa taat dan patuh kepada pemimpin.

Ahmad Zahid berkata apabila tidak lagi berada dalam arus perdana kepimpinan kerajaan dan parti, tidak semestinya wujud perbezaan pendapat sehingga melontar kritikan, ibarat 'menepuk air dalam dulang yang akhirnya terpercik ke muka sendiri'.

"Biarpun zaman kita (bekas pemimpin) telah berlalu, kekuatan kita ketika memegang tampuk kepimpinan parti dan kerajaan adalah disebabkan dukungan daripada pemimpin peringkat bawahan dan pertengahan.

"Jadi apabila mereka berada di peringkat teras kepimpinan kerajaan dan parti, maka orang lama-lama harus mendukung biarpun berbeza pendapat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Karnival Sambutan Jubli Intan 64 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Sumun di Bagan Datoh hari ini.

- Bernama

Sunday, December 6, 2015

Zahid dakwa UMNO tak berpecah jika pecat Muhyiddin, Shafie

BANGI, Ahad – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa parti itu tidak akan mengalami ‘perpecahan parah’ jika Timbalan Presiden, Tan SriMuhyiddin Yassin dan seorang Naib Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal disingkirkan.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri yang dilantik menggantikan Muhyiddin dalam rombakan Kabinet 28 Julai lalu berkata, UMNO pernah mengalami perpecahan ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998, tetapi beliau percaya ramai ahli kini boleh menerima keputusan Majlis Tertinggi (MT).

“Dulu parti pernah berpecah kemudian bersatu kembali. Kali ini tidak akan jadi seteruk dahulu tetapi kita perlu bekerja keras memperbaiki keadaan jika wujud perpecahan.

“Sama ada Muhyiddin dan Shafie digantung atau dipecat, setiap ahli harus menerima keputusan yang dibuat di peringkat tertinggi.

“Ia bukan keputusan seseorang tetapi keputusan bersama yang dibuat Majlis Tertinggi. Keputusan akan dibuat berdasarkan apa yang terbaik untuk parti,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris.

Katanya, pemimpin UMNO sudah berjumpa dengan ahli akar umbi seluruh negeri menjelaskan masalah dalam parti dan beberapa isu lain, termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kami sudah jelaskan pendirian parti dan kerajaan mengenai beberapa perkara. Walaupun sedikit lambat, sekurang-kurangnya ia lebih baik daripada tiada.

“Maklumat tidak disalurkan oleh parti kepada ahli tetapi melalui media.

“Kami sudah menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi dan kenapa keputusan tertentu diambil. Kami menerima sokongan padu daripada semua peringkat kepimpinan,” katanya.

Saturday, December 5, 2015

Satu-satunya Naib Presiden Umno yang berani bersuara tentang penjelasan 'derma' RM2.6 bilion oleh TPM

Penjelasan derma RM2.6 bilion di Parlimen tidak mencukupi, kata naib presiden Umno

OLEH MD IZWAN
Published: 4 December 2015 9:22 PM

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata, sejak dari awal sudah menggesa supaya penjelasan berhubung wang derma dalam akaun perdana menteri, namun sebaliknya yang berlaku apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang membuat penjelasan di Dewan Rakyat. Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Disember, 2015.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal melihat penjelasan berhubung wang derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak di Parlimen sebagai tidak mencukupi dan menggesa supaya kebenaran ditegakkan.

Beliau berkata, sejak dari awal sudah menggesa supaya penjelasan berhubung wang derma dalam akaun perdana menteri, namun sebaliknya yang berlaku apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang membuat penjelasan di Dewan Rakyat.

"Penjelasan, penerangan tentang perkara ini perlu, itu saya katakan daripada awal perlu ada penjelasan.

"Tidak mencukupi hanya penerangan seumpama itu di Parlimen kalau pun sudah dijelaskan," kata Shafie kepada pemberita dalam satu program di Pulau Selakan, dekat Semporna di Sabah hari ini.

Berdasarkan penjelasan timbalan perdana menteri, Shafie berkata masih terdapat persoalan yang belum terjawab memandangkan ia masih dalam siasatan dan terdapat kes yang sedang berjalan di mahkamah.

"Jadi masih ada kes lagi sama ada kes di mahkamah atau perlukan siasatan, jadi perlu penerangan jelas seperti perbahasan, yang penting adalah kebenaran," katanya.

Isu wang derma RM2.6 bilion dalam akaun Najib mencetuskan kontroversi.

Pada Khamis, Najib tidak hadir ke Dewan Rakyat walaupun pada awalnya berjanji untuk menjelaskan mengenai wang derma tersebut.

Zahid yang mewakili Najib membacakan jawapan kepada isu itu tanpa menerima sebarang soalan daripada mana-mana ahli Parlimen.

Najib juga ketika ini berdepan saman bekas ahli Wanita Umno, Anina Saadudin yang memfailkan saman terhadapnya dan Setiausaha Kerja Datuk Ab Rauf pada 28 Ogos lepas, antaranya bagi menuntut RM2.6 bilion (AS$650 juta) yang didakwa dimasukkan ke dalam satu akaun bank bukan milik Umno di Singapura dipulangkan. – 4 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penjelasan-derma-rm2.6-bilion-di-parlimen-tidak-mencukupi-kata-naib-preside#sthash.iciTTgKv.dpuf

Saturday, November 7, 2015

Jangan selektif ambil keterangan Dr Mahathir sahaja, kata Shaie

OLEH MD IZWAN
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tidak boleh hanya Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja yang disoal siasat polis sementara pemimpin yang lain melanggar undang-undang tidak disentuh.Gambar fail The Malaysian Insider, 7 November, 2015.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mempersoalkan mengapa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disoal siasat kerana mengkritik Datuk Seri Najib Razak dan firma pelaburan milik negara, tetapi tidak pemimpin lain yang melanggar undang-undang.

Bekas menteri itu, yang digugurkan daripada Kabinet selepas secara terbuka menyoal Najib berhubung dakwaan skandal kewangan, berkata Dr Mahathir adalah seorang negarawan yang perlu dihormati dan banyak berjasa.

"Saya berharap kalau kenyataan diambil terhadap tokoh seperti Tun, jangan pula ada tokoh lain yang melanggar undang-undang tetapi kenyataan langsung tidak diambil," kata Shafie ketika ditemui pada program Hari Diabetes Peringkat Daerah Semporna hari ini.

Beliau berkata pihak berkuasa tidak boleh bersifat selektif dalam melakukan penyiasatan dan menjalankan undang-undang.

"Perlu ada konsistensi dalam melaksanakan undang-undang yang ada. Tidak bolehlah selektif dalam kita melaksanakan tanggungjawab ini," katanya.

Polis semalam menyoal Dr Mahathir selama kira-kira 45 minit di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur.

Veteran Umno itu bagaimanapun berkata, beliau memilih untuk tidak menjawab soalan yang dikemukakan.

Dr Mahathir menghadiri perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos, yang menuntut pembaharuan demokrasi dan peletakan jawatan Najib berhubung skandal kewangan yang didakwa melibatkan beliau.

Pada perhimpunan tersebut, beliau membuat kenyataan terbuka mengenai Najib dan mendakwa perdana menteri mengambil wang rakyat.

Dr Mahathir, yang kini merupakan pengkritik Najib yang paling lantang, sedang disiasat kerana kesalahan jenayah fitnah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Polis hari ini berkata, kertas siasatan terhadap bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu hampir siap dan akan dikemukakan kepada pendakwa raya tidak lama lagi.

Shafie, bersama bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyoal Najib berhubung syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang merupakan cetusan idea perdana menteri.

Kedua-dua pemimpin itu disingkirkan daripada Kabinet dalam rombakan pada akhir Julai.

Selain dakwaan skandal kewangan 1MDB itu, Najib juga berada di bawah tekanan berkaitan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Beliau menafikan dana itu datang dari firma milik Kementerian Kewangan itu, tetapi tidak memberikan penjelasan mengenainya.

Dana itu kemudiannya disahkan sebagai sumbangan daripada penderma yang tidak dinamakan dari Timur Tengah.

Shafie juga merupakan salah seorang bekas pemimpin dan veteran Barisan Nasional yang menyertai Dr Mahathir pada satu sidang media bulan lalu, mengutuk penggunaan undang-undang keselamatan terhadap bekas pemimpin Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang.

Dua individu itu didakwa cuba mensabotaj ekonomi Malaysia selepas Khairuddin membuat laporan dengan pihak berkuasa di luar negara terhadap 1MDB. – 7 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-selektif-ambil-keterangan-dr-mahathir-sahaja-kata-shafie#sthash.ZAbKBib6.dpuf

Monday, October 12, 2015

Shafie: Henti hina rakyat, heret pesalah 1MDB ke mahkamah

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal hari ini, mengikut jejak langkah Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab berkaitan kegagalan 1MDB.

Beliau berkata walaupun 1MDB sedang melalui proses rasionalisasi hutang, negara terpaksa membayar harga yang mahal melalui sentimen ekonomi yang teruk.

Menurutnya, kenyataan 1MDB bahawa aset yang dimiliki syarikat itu melebihi hutang, dan ini bukan satu kebimbangan dianggap "penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia".

Ini kerana, kata MP Semporna itu, hutang tersebut telah terkumpul kerana jaminan kerajaan dan kedudukan 1MDB selaku anak syarikat milik penuh kerajaan.

"Kegagalan 1MDB untuk membayar hutang berkenaan akan memaksa kerajaan untuk 'step in' dan menanggung hutang ini.

"Walaupun rasionalisasi hutang 1MDB sedang berjalan, ia tidak harus menidakkan hakikat bahawa aktiviti perniagaan 1MDB telah gagal sehingga memaksa ia menjual aset kerajaan yang diperolehi dengan harga murah dan berlakunya pemindahan dana berbilion ringgit yang masih belum dijelaskan hingga hari ini.

"Ketiadaan ketelusan dan tadbir urus inilah yang menyebabkan berlakunya krisis keyakinan rakyat terhadap parti dan kerajaan pada masa kini. Mereka yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan dan memohon maaf kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Minggu lalu, Muhyiddin menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendengar persidangan perintah Majlis Raja-Raja bahawa siasatan 1MDB disegerakan dan pihak yang bertanggungjawab, jika ada, dihukum.

Muhyiddin dan Shafie disingkirkan daripada kabinet sewaktu rombakan kabinet pada Julai tetapi masih memegang jawatan mereka dalam Umno.

Tuesday, September 8, 2015

Tiada pemecatan Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz esok, kata Zahid

OLEH YASMIN RAMLAN
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata soal pemecatan atau sebagainya tidak dimaklumkan dan tidak pernah dibincangkan. Belia berkata demikian ketika diminta mengesahkan kenyataan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengenai khabar angin tersebut.Gambar fail The Malaysian Insider, 8 September, 2015.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyangkal khabar angin Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan dipecat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) esok.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata demikian apabila diminta mengesahkan kenyataan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengenai khabar angin tersebut.

"Tak dimaklumkan dan tidak pernah dibincangkan mengenai pemecatan atau sebagainya.

"Jadi jangan buruk sangka dan melakukan spekulasi terhadap perkara berkenaan," katanya kepada pemberita pada sidang media di Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Terdahulu hari ini, Bernama melaporkan Khairy yakin tiada pemimpin kanan parti akan dipecat semasa mesyuarat MT Umno esok.

"Saya 100% yakin tiada pemimpin kanan parti akan dipecat esok," katanya kepada pemberita.

Semalam, satu perjumpaan khas dengan Biro Politik Umno diadakan sebagai persediaan sebelum menghadapi mesyuarat MT pada 9 September.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan sendiri Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno.

Sebelum ini tersebar di media sosial kononnya Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz akan dipecat pada 9 September. – 8 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tiada-pemecatan-muhyiddin-shafie-dan-mukhriz-esok-kata-zahid#sthash.mx0jXdjj.dpuf

Saturday, August 15, 2015

Isu 1MDB perlu selesai demi kredibiliti Umno, kata Hishammuddin

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata biarpun siasatan terhadap transaksi syarikat pelaburan strategik negara 1MDB akan memakan masa namun ia perlu diteruskan bagi mencari penyelesaian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Ogos, 2015.

Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diselesaikan bagi memastikan kredibiliti Umno tidak terjejas, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Justeru, katanya, biarpun siasatan terhadap transaksi syarikat pelaburan strategik negara itu akan memakan masa namun ia perlu diteruskan bagi mencari penyelesaian.

"Yang penting bukan individu tetapi institusi (parti) itu sendiri. Dalam proses siasatan dan mencari keadilan, jangan ada pihak-pihak tidak berdosa menjadi mangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Padang Besar di Beseri, dekat Padang Besar, hari ini.

Menyentuh mengenai penerangan parti itu mengenai isu 1MDB dan sumbangan derma RM2.6 bilion dalam dana politik kepada ahli di peringkat umbi, beliau berkata mereka dapat menerima penjelasan parti berhubung isu tersebut.

"Cuma janji kita pada ahli dan rakyat bahawa isu ini mesti diselesaikan dan siasatan terhadap 1MDB memakan masa," katanya.

Hishammuddin, yang juga menteri pertahanan, menegaskan bahawa fokus penting pada ketika ini ialah langkah strategik bagi menangani kedudukan ekonomi negara, kejatuhan nilai Ringgit dan harga komoditi.

Sementara itu di Kota Baru, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata rakyat sehingga kini hanya melihat 1MDB daripada perspektif negatif tanpa menilai sumbangan syarikat itu.

"Berapa ribu rumah yang 1MDB sudah buat. Ada tak mana-mana pihak yang dapat rumah itu menceritakan kebaikan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Kota Baru di Kota Baru.

"Semuanya negatif seolah-olah 1MDB tiada jasa langsung kepada rakyat. Ini saya cukup kesal dan kecewa," katanya. – Bernama, 15 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isu-1mdb-perlu-selesai-demi-kredibiliti-umno-kata-hishammuddin#sthash.KDdatL93.dpuf

Monday, December 9, 2013

Saman! Jangan tak saman...........

Pade pandangan Wak ucapan Naib Presiden UMNO tu sangat memalukan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Ianye telah di ucapkan dengan secare terbuke di dalam ucapan penggulung Naib Presiden UMNO pade Perhimpunan Agung UMNO.

Dengan tersebarnye ucapan yang menyatakan Mohamad Sabu penganut Syiah ianye bukan sahaje telah menjatuhkan reputasi Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS malahan ianye juge telah dengan secare langsung mencemarkan parti PAS khusus nye.

Jike sekire nye tuduhan ini benar, make sudah pasti parti PAS akan menerime bale bencane yang amat besar. Penyokong2 PAS yang menentang amalan Syiah sudah pasti akan meninggalkan PAS secare total selagi Mohamad Sabu tidak membersihkan name nye yang di terpalit kan kepade ajaran Syiah oleh Naib Presiden UMNO tu.

Mohamad Sabu sudah tiade jalan lain untuk membersihkan mane nye melainkan dengan menyaman Naib Presiden UMNO yang telah menuduh nye secare terang2 dan terbuke di dalam ucapan penggulungan nye pade Perhimpunan Agung UMNO tu.

Kini hidup atau mati nye parti PAS terletak di tangan Mohamad Sabu, Mohamad Sabu cume ade due pilihan, pertame berundur diri dan melepaskan jawatan nye dalam PAS, pilihan kedue mare kehadapan, bersihkan name dengan menyaman Naib Timbalan UMNO tu se kurang2 seratus ribu jute PM.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-