Friday, November 13, 2015

Politik bukan paksaan, tetapi pilihan

WARTAWAN SINAR HARIAN
13 NOVEMBER 2015
Parti Amanah Negara
KOTA BHARU - “Politik bukan paksaan, tetapi satu pilihan. Buatlah pilihan demi rakyat,” kata penganalisis politik, Datuk Profesor Agus Yusof mengulas hasrat Parti Amanah Rakyat (Amanah) mahu bertanding di Kelantan.

Menurutnya, lebih baik perkembangan politik sejak akhir-akhir ini diperhatikan sahaja bagi mengelakkan sebarang kontroversi dan provokasi timbul daripada kenyataan yang dikeluarkan.

“Bagi saya, politik kini semakin teruk. Namun, buat masa ini, saya tidak mahu komen apa-apa.

“Insya-ALLAH balik dari Shanghai nanti saya akan ulas lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu sebelum ini dilaporkan menyatakan partinya akan meletakkan calon bertanding di negeri ini dan bersedia menggantikan pentadbiran Pas Kelantan pada PRU14 akan datang.

Mohamad berkata, langkah itu sangat penting untuk ‘menyelamatkan’ kerajaan Islam yang ditubuhkan Allahyarham Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-