Saturday, November 21, 2015

'Umur 13 tahun layak jadi ahli Pas'

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata perkara itu tidak menyalahi undang-undang kerana mengikut perlembagaan jelas dibenarkan mengambil keahlian tanpa had umur tetapi akil baligh mengikut syarak. - Foto TRP/Mokhsin Zamani

KOTA BHARU, 21 November:

Mana-mana rakyat negara ini yang berusia 13 tahun kini layak memohon menjadi ahli Pas.

Berbanding keahlian pada usia 18 tahun sebelum ini, Pas dijangka dapat mengumpul keahlian di peringkat remaja seramai antara 200,000 hingga 300,000.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata perkara itu tidak menyalahi undang-undang kerana mengikut perlembagaan jelas dibenarkan mengambil keahlian tanpa had umur tetapi akil baligh mengikut syarak.

“Perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat Pas Pusat pada 14 November lalu.

“Melalui pendekatan terbaru ini kita menjangkakan mampu menarik kira-kira 200,000 hingga 300,000 keahlian di peringkat remaja. Sehingga kini ada seramai 1.6 juta ahli Pas di seluruh negara dan kita menjangkakan menjelang 2017, kita berjaya mengumpulkan 2 juta ahli.

Kelantan merancang untuk mendedahkan Pas kepada mereka seusia 13 tahun walaupun dari segi undang-undang mereka tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam parti hingga berusia 18 tahun.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Ceramah Sambutan 60 Tahun Pas di Kelantan, di sini, malam tadi.

Ketika ditanya kemungkinan pendekatan itu bakal mendapat tentangan parti lain, Takiyuddin berkata pihaknya tidak membuat kesalahan kerana remaja berkenaan hanya menjadi ahli, bukannya memegang jawatan dalam parti.

“Kita tidak tahu keahlian parti lain macam mana….mungkin seusia 16 tahun, itu terpulang kepada mereka. Namun, bagi Pas kita mahu keahlian seawal usia 13 tahun,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/11/21/umur-13-tahun-layak-jadi-ahli-pas/#ixzz3s7jNt1Gg

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-