Wednesday, December 9, 2015

Gambar Muhyiddin, Tun M 'hilang' di PAU

Adam Abu Bakar | December 9, 2015

Apa yang berlaku pada PAU kali ini seolah-olah memboikot Muhyiddin dan Dr Mahathir.
KUALA LUMPUR: Padah menentang pemimpin nombor satu UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima nasib dipulaukan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ke-69 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Muhyiddin bukan sahaja tidak dibenarkan berucap merasmikan perhimpunan sayap-sayap parti, malah gambar beliau langsung tidak kelihatan di setiap penjuru di PTWC.

Agak janggal apabila gambar pemimpin nombor dua tidak kelihatan tetapi gambar-gambar pemimpin lain berselerakan di PWTC.

Nasib sama juga berlaku kepada Dr Mahathir, negarawan terbilang yang menerajui negara dan parti selama 22 tahun.

Berbeza dengan Mantan Presiden UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Gambarnya terpampang dan dicetak besar di PWTC.
Muhyiddin, mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak terutamanya dalam isu kontroversi syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga wang derma RM2.6 bilion.

Manakala, Dr Mahathir pula secara lantang mendesak agar Najib meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri.

Dr Mahathir turut mendakwa, sekiranya Najib terus memimpin negara, maka akan berlaku krisis ekonomi yang semakin teruk ekoran pelabur-pelabur luar negara hilang kepercayaan terhadap Najib.

Ketua-ketua sayap UMNO mendesak kerajaan menyelesaikan segera isu kontroversi supaya sokongan rakyat tidak terhakis namun berikrar terus menyokong kepimpinan Najib.

Perhimpunan Agung UMNO berlangsung pada 8 Disember hingga 12 Disember ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-