Tuesday, December 22, 2015

Lim Guan Eng didakwa menipu, tambak laut di Bayan Bay secara sorok-sorok

 AIDCNEWS

Setiausaha Parti Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong (bertanda bulat) bersama ahli-ahli parti itu menunjukkan kapal korek pasir sambil memegang sepanduk di tepi pantai Bayan Bay pada Isnin.

AIDCNews – 22/12/15 
 Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didakwa menipu penduduk tempatan dengan menebus tanah bagi projek tambakan laut di Bayan Bay secara sorok-sorok.

Setiausaha Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata terdapat percanggahan jawapan kerajaan negeri dengan realiti yang dilakukan di tapak lapangan.

Menurutnya, kerajaan negeri mengumumkan kelulusan kerja tebus guna tanah bagi projek tambakan laut di Bayan Bay dilaksanakan pada bulan lepas sedangkan menurut papan notis di tapak kerja projek tambakan laut di lapangan, kerja tebus guna tanah tersebut telah diluluskan dan dibenarkan pada 15 Mei lalu.

“Adakah ini bermaksud sebelum pengumuman kerajaan negeri mengenai projek yang baru ini pada November lalu iaitu semasa sidang Dewan Undangan Negeri, kerja-kerja tambakan laut telah dijalankan secara senyap-senyap?,” katanya kepada pemberita di tapak kerja projek tersebut di Bayan Bay pada Isnin.
Oh Tong Keong tunjuk tarikh kelulusan projek dipapan notis 15 Mei 2015 bertentangan dengan perwartaan kerajaan negeri

Selain itu Ong berkata pihaknya menerima aduan daripada penduduk tempatan sejak Sabtu lalu yang menyatakan bahawa mereka tidak tahu tentang kewujudan projek tersebut serta tidak menerima sebarang surat atau diminta hadir ke sebarang sesi dialog.

“Mereka berpendapat mungkin tiada perundingan awam bagi projek ini dan sebenarnya penduduk di sini bantah projek tambakan laut ini. Penduduk di sini menanya saya, bukankah projek ini telah dibatalkan sebelum PRU 13?

“Mereka masih ingat bahawa pada masa itu ketua menteri yang mengumumkan pembatalan projek ini, mengapa ia dihidupkan semula dalam masa dua tahun lebih ini?” soal beliau.
Menurut satu dokumen projek tersebut telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri bertarikh pada 29 Ogos 2013.

“Sebelum PRU 13, Lim Guan Eng dikatakan telah memaklumkan bahawa projek ini tidak akan dilaksanakan. Ternyata ia satu penipuan kerana projek ini diluluskan oleh kerajaan negeri hanya selang beberapa bulan selepas PRU 13 berlangsung.

“Projek ini telah di’kurniakan’ kepada Ideal Gim Ventures SB secara rundingan terus dan tiada tender terbuka dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Ternyata penduduk kawasan Queensbay telah tertipu oleh janji palsu Lim Guan Eng,”ulas Azizi Safar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-