Tuesday, December 22, 2015

Pakatan Harapan setuju pandangan Wan Azizah, Pas kurang pengaruh di Sarawak

Pimpinan Pakatan Harapan bersetuju dengan kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa Pas tidak mempunyai pengaruh di Sarawak untuk bertanding dalam pilihan raya negeri. - Foto TRP

KUALA LUMPUR, 22 Disember:
Pimpinan Pakatan Harapan bersetuju dengan kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa Pas tidak mempunyai pengaruh di Sarawak untuk bertanding dalam pilihan raya negeri.

Bagaimanapun, mereka tidak membantah sekiranya Pas mahu bertanding di kerusi negeri itu.

Ahli Parlimen DAP-Seputeh, Teresa Kok berkata beliau bersetuju kenyataan yang dibuat Wan Azizah.

“Saya bersetuju dengan pandangan Kak Wan.

“Saya harap penyertaan Pas akan membuat kepimpinannya tahu dari segi populariti.

“Saya harap keputusan pilihan raya nanti akan menghantar mesej yang jelas kepada mereka,” katanya kepada The Rakyat Post.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata tidak ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pembangkang itu.

“Dia hanya menyatakan yang jelas, melainkan jika terdapat alasan untuk mempertikaikan perkara tersebut,” katanya kepada The Rakyat Post.

Beliau berkata, Pas boleh bertanding seberapa banyak kerusi yang mereka kehendaki.

Terdahulu, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Samad berkata Pas akan bertanding sekurang-kurangnya 11 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan datang, di mana penambahan sebanyak enam kerusi berbanding lima kerusi daripada pilihan raya sebelumnya.

Iskandar berkata demikian sebagai tindak balas kepada kenyataan yang dibuat oleh Wan Azizah semalam bahawa Pas kurang berpengaruh di Sarawak.

Wan Azizah berkata, selain kekurangan pengaruh, Pas juga tidak mempunyai mana-mana kerusi negeri atau parlimen di Sarawak.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/12/22/pakatan-harapan-setuju-pandangan-wan-azizah-pas-kurang-pengaruh-di-sarawak/#ixzz3v39p7uvb

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-