Monday, February 15, 2016

Polis sedang siasat Tun M

 Send by Email
Kuala Lumpur – Polis sedang menyiasat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas kesalahan jenayah fitnah berhubung posting di blog beliau baru-baru ini mengenai Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata hari ini, laporan polis diterima “sehari atau 2 hari lepas” mengenai posting yang dikatakan menyerang peguam negara itu.

Beliau sebelum ini berkata, polis akan memulakan siasatan jika laporan polis dibuat berhubung perkara itu.

“Saya tidak pasti berapa banyak laporan dibuat tetapi ada laporan yang dibuat 1 atau 2 hari lepas.

“Kami sudah memulakan siasatan kerana memfitnah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya.

Seksyen 500 Kanun Keseksaan adalah berkenaan fitnah dan memperuntukkan hukuman 2 tahun penjara, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Read more http://www.kualalumpurpost.net/polis-sedang-siasat-tun-m/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-