Tuesday, March 29, 2016

Mesyuarat MT tentukan nasib Muhyiddin, Mukhriz - Zahid

Nasib bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan ditentukan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno akan datang kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kami akan membincangkan perkara tersebut dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan datang,” katanya seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia.

Zahid berkata demikian mengulas tindakan kedua-dua pemimpin tu menghadiri Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvesnyen Shah Alam Ahad lalu.

Dalam majlis berkenaan, Muhyiddin dan Mukhriz antara 18 individu yang berucap dalam program yang dianjurkan oleh pihak yang menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad dalam program berkenaan berkata tidak semestinya Zahid akan menggantikan Najib walaupun beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut dengan nada berseloroh Zahid berkata “Mungkin dia (Mahathir) ingat dia tuhan”.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-