Sunday, April 17, 2016

AG: Tak perlu siasatan lanjut derma RM2.6 bilion

Susulan kenyataan terbaru kerajaan Arab Saudi mengenai derma RM2.6 bilion, Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali menegaskan tiada keperluan untuk siasatan lanjut dijalankan.

Mingguan Malaysia memetik Apandi yang mengaku berasa lega dengan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir yang mengatakan derma tersebut adalah tulen dan Arab Saudi tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada sumbangan tersebut.

"Alhamdullilah. Bagi saya isu ini sudah tamat, ada yang minta untuk dijalankan siasatan lanjut tetapi saya rasa tidak perlu.

"Ini kerana telah ada keterangan daripada pemberi dana, jadi apa lagi yang perlu disiasat,” katanya yang dipetik oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia.

Al-Jubeir dilaporkan memberitahu wartawan Malaysia di Istanbul pada hari Jumaat bahawa kerajaan Saudi sedar derma itu adalah tulen tanpa mengharapkan balasan.

"Kami juga sedar sepenuhnya bahawa peguam negara Malaysia telah dengan teliti menyiasat perkara itu dan mendapati tiada kesalahan.

"Jadi, setakat kami tahu, perkara itu ditutup," kata Al-Jubeir.

[Berita penuh menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-