Wednesday, April 13, 2016

Pihak sengaja cetus polemik perlu disiasat

WARTAWAN SINAR HARIAN

Persatuan Ulama Malaysia
SHAH ALAM - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat pihak yang sengaja menimbulkan polemik bahawa ceramah Dr Zakir Naik mengancam ketenteraman rakyat.

Sebaliknya, kata Setiausaha Agung PUM, Prof Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor, pihak yang membuat dakwaan dan tuduhan itu sebenarnya yang cuba mengancam ketenteraman rakyat.

“PUM kesal dengan tindakan segelintir pihak di negara ini yang cuba menimbulkan polemik mengenai kehadiran Dr Zakir. Tuduhan liar untuk mengatakan Dr Zakir mengancam ketenteraman serta melabelkan beliau dengan gelaran yang tidak selayaknya.

“Pihak yang cuba menimbulkan ketegangan dan keresahan masyarakat itu sepatutnya disiasat kerana telah menyebabkan rakyat tidak tenteram. Oleh demikian, kita meminta pihak keselamatan untuk menyiasat golongan ini kerana mereka jelas tidak menghormati prinsip perlembagaan Malaysia,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Para pengkritik harus teliti forum Dr Zakir]

Menurut Mohd Roslan, ceramah Dr Zakir di UTeM, Melaka itu wajar diteruskan dengan mempertingkatkan kawalan keselamatan oleh pihak berkuasa.

“Kaedah dakwah Dr Zakir sentiasa menggunakan hikmah dan rasional dalam berbicara. Bicaranya juga adalah dalam konteks perbandingan agama yang menjadi salah satu antara disiplin pengajian di universiti-universiti tersohor.

“Sewajarnya kehadiran beliau diambil peluang oleh semua golongan Muslim dan non-Muslim untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ajaran agama serta dapat memahami kepercayaan asas yang ada dalam agama,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-