Wednesday, April 27, 2016

PRNSarawak: Ketidaksepakatan yang tiada harapan bagi 'Pakatan Harapan'

Perkara seperti ini bukan pertama kali dibangkitkan. Juga senario seperti ini bukan baru dipertikaikan. Namun setiap kali diajukan persoalan demi persoalan tersebut kepada Pakatan Harapan, petah saja lidah menyusun kata, kononnya mereka ‘sepakat’!

Pada 9 Januari lalu, mereka patrikan satu perjanjian antara 3 parti yang membentuk Pakatan Harapan. DAP, PKR dan PAN setuju dan berjanji untuk meletakkan seorang calon sahaja mewakili Pakatan Harapan dalam sesuatu pilihan raya di mana-mana peringkat.

Itu janji antara DAP, PKR dan PAN. Kononnya dengan perjanjian itu, maka ia membuktikan mereka ‘sepakat’ antara satu sama lain. Ramai juga yang terpengaruh dan percaya pada ‘retorik politik’ mereka walaupun sebelum ini sudah banyak kali mereka terbukti tidak sepakat.

Benarlah bahawa Allah itu Maha Adil lagi Maha Berkuasa. Diberikan satu ujian yang amat kecil untuk menguji ‘lidah bercabang’ Pakatan Haram. Maka berlangsunglah Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11, satu medan yang menguji ‘kesepakatan’ Pakatan Harapan.

Rupanya, ‘harapan’ yang diharap-harapkan itu tidak ke mana. Malah ‘sepakat’ yang membentuk Pakatan itu tidaklah memberi apa-apa erti bagi DAP, PKR dan PAN. Lebih menjengkelkan, janji yang terpatri selamba saja dimungkiri sesama mereka.

Sekiranya berlaku kesilapan teknikal untuk sekadar 1 Dun yang menyaksikan pertembungan antara parti di dalam Pakatan Harapan, maka mungkin kita dapat terima. Namun jika bertembung sesama mereka lebih dari 5 kerusi Dun Sarawak, apa agaknya alasan yang paling munasabah untuk diterima akal manusia yang waras?

Khabarnya, DAP dan PKR sendiri akan merebut di 5 hingga 6 kerusi Dun pada PRN Sarawak kali ke-11 ini. Apa sudah jadi pada ‘pakatan’? Apa sudah jadi pada ‘perjanjian’? Dan apabila tiada kesepakatan dan perjanjian pula dimungkiri, apa pula kesudahannya pada ‘harapan’?

Pada pandangan penulis, Allah sudah membuka topeng sebenar di sebalik ‘Pakatan Harapan’. Mereka sebenarnya tidak sepakat dari awal. ‘Sepakat’ hanya dibibir saja. ‘Sepakat’ bila di depan media dan berada di atas pentas ceramah saja. Hakikatnya, hancur berderai!
Sekiranya dirujuk pada ajaran Islam, mereka yang berjanji dan kemudian memungkiri janji yang dipersetujui, maka mereka tergolong dalam golongan apa? Penulis malas hendak sebut jawapannya. Boleh tanya Ustaz masing-masing tentang golongan yang mungkir pada janji…

Jadi, sedar-sedarlah diri wahai parti-parti yang membentuk ‘ketidaksepakatan’ yang ‘tiada harapan’. Baru saja penamaan calon di pilihan raya peringkat negeri, sudah bergaduh dan berbalah sesama sendiri. Malulah sedikit pada rakyat Malaysia.

Penulis mencadangkan supaya Lim Kit Siang, Wan Azizah dan Mat Sabu bubarkan saja ‘Pakatan Harapan’ yang ‘ketidaksepakatan’ yang ‘tiada harapan’ itu. Penulis yakin, ada lebai-lebai PAS yang ketawa terbahak-bahak melihat keletah Pakatan Harapan menghadap ‘trial’ PRU.

Kepada pengikut-pengikut Pakatan Harapan, masih lagi mahu diri tertipu? Masih lagi mahu terus ‘membutakan hati’? Masih lagi mahu terus berbohong pada pendirian diri sendiri? Pesan penulis, jika rasa tersesat jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Insha Allah ada ‘Barisan’…

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-