Wednesday, May 11, 2016

Najib: Umno selamatkan Melayu dari tampuk miskin tegar

Umno, parti tulang belakang yang kekal menerajui negara selama enam dekad akan menyambut ulang tahun ke-70 pada Sabtu ini.

Rentetan ucapan tahniah oleh pemimpinnya mula disebarkan bagi mencatatkan kekuatan parti dan sumbangan Umno kepada negara ketika kegawatan semasa.

Dalam tweet, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah presiden Umno, berkata parti itu berjaya membawa golongan Melayu dan bumiputera keluar daripada tampuk miskin tegar.

Beliau berkata ini berdasarkan banyak inisiatif yang dilaksanakan oleh Umno sejak 1970-an.

Walaupun Najib tidak menyebutkannya, antara inisiatif sepanjang tempoh itu adalah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan apabila bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang menjadi perdana menteri.

DEB diwujudkan selepas rusuhan kaum 1969 bagi menyusun semula sistem sosial negara melalui program tindakan afirmatif yang sesetengah pengkritik dakwa disalah guna oleh golongan elit.

Dalam tweetnya, Najib, yang mengambil alih tampuk pemerintan negara pada tahun 2009, juga membekalkan graf yang memaparkan kadar kemiskinan di kalangan bumiputera berada pada 64.8 peratus pada tahun 1970, tetapi menurun kepada 0.8 peratus pada 2014.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-