Friday, September 23, 2016

Najib: BN, Umno juga tak sependapat dengan SPR

Zulaikha Zulkifli
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak memberitahu bahawa parti komponen itu mempunyai pendapat berbeza mengenai persempadanan semula yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut Najib, terdapat kesan dan implikasi yang perlu diambil kira daripada persempadanan semula yang dibuat SPR.

Sehubungan itu, beliau memberitahu bahawa BN akan mengumpul segala cadangan daripada parti komponen mengenai persempadanan semula melalui jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"BN termasuk Umno ada pendapat yang berbeza dengan cadangan awal SPR kerana ada banyak kesan dan implikasi yang perlu diambil kira daripada pelbagai aspek.

"Jadi mesyuarat putuskan supaya BN dan semua parti komponen, kita akan gabung pandangan dan cadangan melalui sebuah jawatankuasa yang akan di pengerusikan oleh setiausaha agung BN," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi BN di PWTC di Kuala Lumpur hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-