Saturday, December 10, 2016

Amanah parti harapan baru

MUHAMMAD AFHAM RAMLI
10 DISEMBER 2016
Parti Amanah Negara
SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) harapan baru dipilih sebagai slogan parti itu merujuk kepada kesinambungan perjuangan.

Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Tahir berkata, pemilihan slogan harapan baru bukanlah satu kebetulan tetapi memiliki dan punyai falsafah yang tersendiri.

"Semua perjuangan besar dalam hidup ini perlukan harapan.

"Kerana tanpa harapan, putus harapan...lumpuhlah perjungan. Kita perlu harapan yang kental untuk memulihkan demokrasi, menentang penyelewengan, kebusukan rasuah dan segala rupa kezaliman autokrasi," katanya.

Ucapan itu disampaikan beliau di Konvensyen Nasional Amanah 2016 di SACC, Shah Alam, hari ini.

Tegasnya, hilang harapan atau putus asa itu adalah penyerahan bulat-bulat kepada takdir tanpa melawan dan kerana itulah konvensyen ini dilangsungkan.

Tambahnya, terima kasih kepada pemimpin parti, seluruh perwakilan, jawatankuasa, sukarelawan yang bekerjasama menjayakan konvensyen ini.

"ALLAH sahaja yang berhak memberi balasan dan ganjaran kepada semua," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-