Saturday, December 3, 2016

Perhimpunan Agung UMNO masuk hari terakhir

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-70 di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini. Perhimpunan Agung UMNO berlangsung selama lima hari bermula Selasa akan berakhir hari ini. - UTUSAN ONLINE/fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Selepas dua hari bersidang, Perhimpunan Agung UMNO 2016 memasuki hari terakhirnya hari ini dengan menyambung semula perbahasan usul ekonomi.

Sebanyak sembilan pembahas dijadual mengambil bahagian membahas usul itu yang dimulakan dengan wakil Pergerakan Puteri UMNO, Armizadonna Wirdawati Mohd Radzi.

Sebanyak 14 pembahas akan membahaskan usul agama dan pendidikan sebelum sesi penggulungan.

Sesi penggulungan tahun ini menyaksikan ia kembali kepada tradisinya iaitu ucapan penggulungan akan dilakukan oleh pucuk pimpinan utama parti berbanding tahun lepas yang hanya dilakukan oleh presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perhimpunan agung dijadual tamat pada pukul 6.30 petang nanti dan diikuti sidang akhbar oleh pimpinan utama parti.

- BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/perhimpunan-agung-umno-masuk-hari-terakhir-1.415898#sthash.LtSRxlzs.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-