Thursday, September 14, 2017

Najib tunai janji bawa isu Roghingya kepada Trump

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden, Donald Trump (kanan) pada perjumpaan empat mata bagi membincangkan hubungan strategik antara kedua-dua negara. Kunjungan kerja Najib adalah atas jemputan Presiden Trump ketika Malaysia-AS menyambut ulang tahun ke-60 hubungan dua hala kedua-dua negara. - UTUSAN

14 September 2017 8:17 AM

WASHINGTON 13 Sept. _ Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunaikan janjinya kepada rakyat Malaysia untuk membawa isu kekejaman tentera Myanmar ke atas etnik Rohingya dalam pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump.

Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri berkata, beliau boleh dikatakan telah dapat mempertingkatkan pengetahuan Trump tentang isu Rohingya dengan kedua-dua pihak dalam kenyataan bersama sepakat mendesak kekejaman ke atas mereka dihentikan.

“Trump juga meminta bantuan kemanusian dikaji. Saya tidak fikir gesaan bersama itu boleh dikeluarkan tanpa sumbangan daripada Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan tiga hari ke AS di sini hari ini

Dalam kenyataan bersama itu, Malaysia dan AS mendesak Myanmar menghentikan segera keganasan terhadap etnik Rohingya dan membenarkan bantuan kemanusiaan sampai kepada mangsa.

Kedua-dua pemimpin juga mahu krisis kemanusiaan menyayat hati yang menjadikan etnik Rohingya sebagai sasaran kekejaman dihentikan segera.

Mereka turut sepakat perlu ada kerjasama kukuh membabitkan masyarakat antarabangsa bagi menangani kekejaman terhadap ribuan mangsa, termasuk yang telah melarikan diri ke Bangladesh. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/najib-tunai-janji-bawa-isu-rohingya-kepada-trump-1.526516#ixzz4sbp6CgCH
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-