Wednesday, April 18, 2018

Negeri kaya tapi ramai orang miskin

Oleh Wartawan BO
-18/04/2018


Pemimpin BN cuba untuk melupakan rakyat daripada kadar kemiskinan sebenar Negeri Terengganu. Mereka menjaja angka yang tercatat dalam Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) bahawa kadar miskin tegar di Terengganu hanya satu (1) ketua Isi rumah (KIR) dan miskin ialah 3,276 KIR.

Pendapatan isi rumah mengikut e-Kasih ialah RM850 (sebulan) dan miskin tegar ialah RM 520. Adakah munasabah penilaian pendapatan isi rumah yang ditetapkan ini ?

Ketetapan ini sudah tidak rasional dan tidak realistik dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi dan beban kenaikan harga barang yang melambung masa kini.

Dana Bantuan Raya diperuntukkan daripada kutipan zakat adalah sebanyak RM88.7 juta pada tahun 2017, meningkat berbanding hanya RM81 juta pada tahun 2016.

Peningkatan peruntukan ini menunjukkan peningkatan jumlah penerima daripada golongan miskin. Di samping itu, berlaku peningkatan jumlah penerima Dana Bantuan Raya seramai 13,767 orang penerima seperti berikut;
2016 – seramai 140,963.
2017 – seramai 154,730.

Jika ditambah dengan RM9.9 juta untuk 33,305 warga emas; RM4.2 juta (14,005 orang kelainan upaya) dan RM13.3 juta pula melibatkan 37,283 duda/ibu tunggal.

Tiga golongan ini sudah tertentu daripada golongan asnaf zakat/ fakir miskin, maka keseluruhannya berjumlah 239,323.

Angka ini menggambarkan peningkatan jumlah kadar kemiskinan di Terengganu. Bahkan peratus kemiskinan sebanyak 19% daripada keseluruhan rakyat Terengganu.

Maknanya, jika 100 orang penduduk Terengganu, maka 19 orang daripadanya miskin. Kenapa negeri Terengganu yang pernah dianggap sebagai ‘Kuwait Malaysia’ berada ditahap yang lebih tinggi kadar kemiskinan daripada Johor dan Negeri Sembilan yang tidak memiliki hasil petroleum ?. Fikirlah….

USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu.
1 syaaban 1439H / 18 april 2018

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-