Monday, September 16, 2019

Andainya Nik Aziz, Fadzil Noor, Yusuf Rawa masih hidup…

sitifatimah 16/09/2019

Melenting bila Haji Hadi kata almarhum Nik Aziz pasti setuju dengan penyatuan ummah, tapi pemimpin PAN jaja nama almarhum boleh pula?


DENGAN termetrainya Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS pada 14 September lalu, pelbagai pihak memberikan reaksi. Paling berahi adalah pemimpin-pemimpin PAN dan ultra kiasu. Seperti dijangka, tidak ada komen yang positif. Sepatutnya, sebagai saudara seislam, bersangka baiklah sedikit. Benda baik, bukannya maksiat. Berilah komen bermotivasi.

Ini tidak, secara sengaja dan sedar, mereka tidak mahu umat Islam bersatu, suka melihat umat Islam berpecah, seperti mana yang dikehendaki ultra kiasu dan musuh-musuh Islam. Daripada satu aspek, ada logiknya, mungkin kerana mereka takut kehilangan kuasa. Natijah kesatuan ini, tidak mustahil mereka akan kehilangan apa yang sedang diperolehi hari ini.

Jika tidak berlaku pertandingan tiga penjuru, yang ada hanya satu lawan satu, tidak mustahil kesatuan UMNO-PAS dapat mengambil kembali beberapa negeri serta kerusi yang hilang. Turut tidak mustahil, yang menjadi menteri hari ini, kembali asal menjadi rakyat marhaen. Sebab itu, sebelum kehilangan semua itu, eloklah berbuat baik sedikit. Insafilah.

Contohilah sedikit respon Mufti Perlis, menyokong langkah penyatuan ummah demi kebaikan. Dulu bermusuh, kini berkawan. Bukankah ini dituntut Islam? Di tambah lagi, pemimpin-pemimpin PAN cukup bengang dengan ucapan ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengaitkan bahawa penyatuan akan turut dipersetujui oleh almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat jika masih hidup.

Sekilas ucapan Presiden PAS yang menyebut nama Nik Aziz menjadi viral, bekas anak pemimpin PAS yang menjawat jawatan menteri sekarang ini menjawab, mana Haji Hadi tahu almarhum akan setuju sedangkan almarhum telah meninggal? Benar juga ya.

Ingin saya bertanya, selama ini, semua pemimpin PAN menjaja nama almarhum Nik Aziz boleh pula? Bagaimana mereka tahu pemikiran orang yang sudah meninggal? Hebat pemimpin PAN boleh menyelami alam ghaib? Orang lain buat tak boleh buat andaian, dia buat boleh. Ini ultra kiasu namanya.

Jika pembaca tidak percaya dan mahukan bukti, sila buat carian dalam internet, kenyataan demi kenyataan pemimpin pemimpin PAN yang selalu mengaitkan nama bekas-bekas pemimpin seperti almarhum Datuk Fadzil Noor, Tuan Guru Yusof Rawa, dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam maksud, jika semua semua almarhum masih hidup, tentunya mereka akan setuju dengan tindakan mereka keluar PAS dan menubuhkan PAN untuk hidup bersama ultra kiasu. Persoalan saya sepertimana mereka respon kepada kenyataan Haji Hadi, mana mereka tahu, pemikiran orang yang telah mati? Jika berasaskan andaian, semua orang boleh andaian. Saya pun ada hak buat andaian.

Pertama, jika almarhum masih hidup, pastinya almarhum-almarhum akan gembira melihat anak mereka ada yang menjadi menteri, wakil rakyat dan orang besar dalam perkhidmatan awam, kerana keluar PAS, menubuhkan PAN serta menang PRU lalu hasil sokongan ultra kiasu.

Kedua andaian saya, jika almarhum bekas Presiden PAS masih, sudah tentu anak-anaknya yang telah keluar PAS dan menubuhkan parti lain, akan ‘dicekiknya sampai mati’, jika dia tahu mereka belot daripada perjuangan PAS. Pendek kata, semua orang oleh membuat berbagai-bagai andaian, sebab orang yang dibuat andaian tidak boleh hidup semula untuk mengiyakannya. Persoalannya, sejauh manakah andaian kita betul sebab mereka telah tiada?

Apa yang dapat saya simpulkan, mengkaji latar belakang ketiga-tiga bekas pemimpin PAS yang telah pergi ini, apa yang dapat saya katakan adalah, mereka sama sekali tidak akan keluar PAS. Mereka akan tetap bersama PAS. Mereka akan perbetulkan PAS jika tersasar, namun keluar tidak sekali.

Justeru, hentikanlah menggunakan nama-nama orang yang telah pergi untuk kepentingan politik. Fokuslah pada kerja yang boleh membahagiakan dan memberikan manfaat kepada orang yang telah pergi, terutama anak-anak almarhum tersebut.

Berbuat baiklah, tinggalkanlah sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara. Namun, melihat kepada telatah dan gelagat serta kenyataan anak-anak almarhum yang sedang menikmati puncak kuasa, saya menjadi ngeri.

Apakah kenyataan demi kenyataan dan dasar-dasar yang dilaksanakan benar-benar dapat dimanfaat untuk kepentingan agama, bangsa dan negara atau sebaliknya memenuhi kehendak ultra kiasu. Nasihat saya, elakkan bertindak atau mengeluar kenyataan yang mengarut-ngarut yang boleh menjejaskan kehidupan mereka di alam barzakh, terutama kita sebagai anak-anak mereka.

Hentikan menjaja nama-nama almarhum. Sebagai anak-anak buatlah sesuatu kebaikan yang boleh memberikan saham kepada mereka di alam barzakh. Jika benar-benar mahu melaksanakan Islam sebagai agama Rahmatan lil alamin, tunjukkan. Pertahankan Islam tanpa rasa takut dan gentar dengan ultra kiasu. Tegur dan tentang ultra kiasu yang mempermainkan dan menghina Islam. Jangan senyap. Siapa lagi yang boleh diharap mempertahankan Islam kalau bukan kita semua.

Jangan takut tegur kenyataan kurang ajar ketua ultra kiasu semalam berbunyi, PH jangan cuba lebih Melayu daripada UMNO, lebih Islam daripada PAS. Kenyataan ini amat kurang ajar, terserlah sifat komunismenya seperti perjuangan Malaysian Malaysia.

Tidak salah orang Melayu terlebih Melayu dan terlebih Islam kerana ini negara asal usul mereka Tanah Melayu, berbanding dengan kamu sebagai pendatang. Terlebih Melayu atau terlebih Islam, semua perkara tersebut sudah termaktub dalam Perlembagaan. Kamu sahaja, ultra kiasu, jangan terlebih kurang ajar.

Selama UMNO mengetuai kerajaan lebih 60 tahun dan PAS mengetuai kerajaan beberapa negeri, pernahkan hak kamu dijentik dengan label terlebih UMNO Melayu dan terlebih Islam yang kamu berikan? Dengan label terlebih Melayu dan terlebih Islam itulah kamu dapat lebih daripada apa yang diperolehi Peribumi itu sendiri.

Kamu kaya, kamu dapat sekolah Cina ala komunis, dan macam-macam lagi. Nampaknya kamu tidak pernah bersyukur. Sewarjarnya, kamu terlebih dahulu selaku ketua ultra kiasu ditendang keluar daripada bumi bertuah ini.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Pusat Pengajian Teras
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

2 comments:

  1. Teruskan perjuanganmu memertabatkan Islam yang syumul

    ReplyDelete
  2. Rupanya bodoh jugak Si Ridhuan Tee ni, serupa macam Prof Kangkung yang lain-lain tu jugak.

    Mujahid, Faiz dan Nik Omar cuma ulangi apa yang arwah bapa masing-masing pernah cakap... malah dicatitkan atau dirakamkan samada dalam bentuk cetakan, rakaman audio atau video. Yang tu memang tak boleh disangkalkan.

    Tapi yang Ridhuan Tee ni cakap adalah benda yang tak pernah berlaku pun, tak pernah disebut, tak pernah dicatit atau dirakam dimana-mana pun atau dalam bentuk apa pun. Ridhuan Tee yang pandai-pandai nak mendahului Allah SWT.

    Tulah beza antara mereka yang tau cuma surface jer seperti Ridhuan Tee tu dan mereka yang faham secara mendalam dan detailed seperti Mujahid, Faiz dan Nik Omar tu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-