Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Saturday, November 21, 2020

PM perlu akui hilang majoriti jika Belanjawan 2021 tak lulus

ismaweb.net
azrulhakimie
'Ia satu krisis politik seterusnya akan mengheret negara ke satu keadaan yang agak tidak tentu'

KUALA LUMPUR, 5 Rabiulakhir 1442H, Sabtu – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengambil perhatian dan mengakui keadaan bahawa beliau telah kehilangan majoriti jika Rang Undang-undang (RUU) Pembekalan 2021 tidak mendapat cukup undi untuk diluluskan.

Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz bagaimanapun berkata, situasi itu akan menjadi lebih rumit dan merugikan jika dibuat pelantikan Perdana Menteri baharu yang perlu membuat semula RUU Perbekalan untuk 2021.

“Tindakan yang perlu diambil oleh beliau ialah untuk bersemuka dengan Yang di-Pertuan Agong dan menyembahkan keadaan tersebut.

“Bagaimanapun, ia terserah kepada Perdana Menteri sama ada beliau hendak meletakkan jawatan atau memohon pembubaran dewan. Kalau sekiranya ia berlaku, ia satu krisis politik lagi dan seterusnya akan mengheret negara ke satu keadaan yang agak tidak tentu arah dan perlulah ditangani oleh Yang di-Pertuan Agong dengan baik sekiranya ini berlaku.

“Dan seterusnya kesan yang berkaitan dengan kegagalan meluluskan RUU Perbekalan ini ialah akan berlakunya satu keadaan di mana kerajaan tidak dapat memenuhi keupayaan untuk menggunakan perbendaharaan,” katanya seperti Astro Awani, hari ini.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan, ia akan membawa kepada peletakan jawatan Perdana Menteri yang akhirnya akan menimbulkan satu lagi krisis politik.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau secara amnya berpendapat ada keperluan untuk meluluskan belanjawan itu, namun perlu ada pindaan terhadap peruntukan tertentu bagi memastikan ia lebih menyeluruh, terutamanya dalam menangani COVID-19 dan mengukuhkan kembali ekonomi.

Dalam pada itu, kata Prof Shamrahayu, tindakan meluluskan RUU itu secara interim akan menyukarkan negara selain tidak begitu demokratik serta menjadi persoalan berpanjangan.

Jelasnya, ia juga akan menyukarkan untuk diadakan pilihan raya umum (PRU), mendapatkanmandat rakyat serta sukar memilih perdana menteri jika kehilangan kepercayaan majoriti.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

1 comment:

  1. Si PENGKHIANAT2 Dalang2 muk adlm.UMNO yg. MENOLAK Belanjawan pro-ISLAM/UMATnya & BUMIPUTERA kita ni - patut BERAMBOS dr.UMNO!

    DYMM SPB YDPA terCINTA kita, sbg. KETUA UTAMA NEGARA - boleh menggunakan UNDG2 PERLEMBAGAAN 149 utk. MELULUSkan BELANJAWAN ni, apalagi waktu COVID ni & penolakan Belanhwan ni bersifat POLITIK yg. ama JAHAT & SUBVERSIF, yg. NEMUDARATkan KESELAMATAN & KEBAJIKAN Rakyat, terutamanya oleh rejim Penjajah PH Parasit ZIONIS! Itulah maknanya Sistem Raja Berperlembagaan MEMAYUNGI Sistem Demokrasi Berparlimen kita - dlm. Sistem PEMBAHAGIAN KUASA utk. SEMAK & IMBANG!

    ReplyDelete

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-