Monday, March 8, 2021

Natrah nafi ada tawaran RM10 juta keluar parti

MyMetro
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my

Natrah. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail mengesahkan tiada tawaran rasuah berjumlah RM10 juta oleh dua individu yang didakwa untuk melompat parti.

SPRM dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima kehadiran Natrah di SPRM Cawangan Segamat, Johor bagi berbincang berhubung perkara itu.

"Dalam pertemuan itu, Natrah mengesahkan bahawa tiada tawaran rasuah berjumlah RM10 juta seperti didakwa menerusi kenyataan di akaun Facebook dikenali sebagai Ops Johor.

"Bagaimanapun, SPRM akan terus menjalankan siasatan terhadap isu ini dengan beberapa saksi kes termasuk mengambil keterangan Natrah dalam masa terdekat," katanya.

Justeru itu, SPRM menggesa semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes berkenaan.

Terdahulu, satu hantaran daripada akaun Facebook berkenaan mendakwa Ahli Parlimen yang melompat parti akan diberikan habuan sebanyak RM10 juta setiap seorang dan jawatan tertinggi dalam kerajaan.

Selain itu, beberapa individu yang diketuai oleh seorang individu bergelar 'Dato Seri' giat dalam aktiviti 'beli membeli' Ahli Parlimen untuk melompat parti.

Dalam kenyataan media Natrah pada 4 Mac lalu, beliau memaklumkan dikunjungi dua individu termasuk seorang individu bergelar 'Dato Seri' pada 3 Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mac 2021 @ 9:20 PM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-