| N11 PERMATANG PASIR |
| Jumlah Pengundi: 20,350 Peratusan Kaum: M: 72.31% C: 25.94% I: 1.61% B/Sab: % B/Swk: % L: 0.14% |
| 1. Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas) (11,004) 2. Ahmad Sahar Shuib (BN) (5,571) |
| Majoriti: 5,433 Jumlah undi: 16,802 Peratus mengundi: 82.57% Undi rosak: 227 |
| Penyandang: Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas) (Majoriti: 679 undi) |
Selepas menerima kejutan di Manik Urai, kini PAS sekali lagi di uji di N11 Permatang Pasir, P Pinang.
Di Manik Urai PAS berasa selesa kerana calun menantinya ada kelebihan majoriti sebanyak lebih 2000.
Kini berlainan pula keadaan nya dengan N11 Permatang Pasir, calun menanti cuma mendapat kelebihan majoriti 679 sahaja. Boleh dikatakan menang tipis.
Kini PAS sedang menghadapi berbagai masalah dari pengundi kaum melayu/Islam. Kebanyakan kaum melayu/Islam kini lebih cenderong kepada penubuhan 'negara perpaduan' demi mengukuh kan kekuatan kuasa politik melayu/Islam. Kaum melayu/Islam sedar bahawa kuasa politiknya sudah tergugat atau digugat.
Sekarang penyokong PAS sudah terbahagi dua pro dan anti 'kerajaan perpaduan'. Tidak kurang pula ramai ahli2 penyokong PAS tidak suka perkongsian kuasa dengan DAP/PKR. Ramai juga penyokong PAS yang tidak berpuas hati terhadap kerajaan DAP P Pinang kerana telah meminggirkan ADUN PAS.
Apa yang telah berlaku di Perak juga akan memberi kesan di P Pinang. Kesedaran kaum melayu/Islam ini akan memberi kesan negetif terhadap PAS.
Kemenangan PAS cuma berharaf dari sokongan kaum bukan melayu sahaja. Sedangkan kaum ini cuma terdiri sebanyak lebih kurang 27% sahaja.
kan senang kalau kita bersatu padu..
ReplyDelete