Monday, May 29, 2023

‘Protes senyap’ tolak PH-BN pada PRN – Idris Ahmad

satuberita.my
By SatuBerita
-May 29, 2023

WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes senyap) menolak parti PH dan Umno dalam kalangan rakyat dijangka akan berlaku.

Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad, berkata walaupun PH dan BN kini telah bersatu tidak sebagaimana Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu, namun gabungan itu tidak boleh ke mana kerana sokongan rakyat terhadap mereka sebelum ini akan beralih arah.

“Untuk mendapatkan sokongan orang Melayu, PH masih gagal dan penyokong BN pula terutama sekali dari parti Umno akan membuat ‘silent protest’ terhadap calon dari gabungan itu kerana marah dengan kepimpinan tertinggi parti kerana adakan kerjasama dengan DAP,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Jelajah Ceramah Ppakat Pertahan Kelantan Siri 1 Parlimen Tumpat di tapak Pusat Tarbiyah PAS Taman Kota SPP Warisan, dekat Tumpat malam tadi.

Turut berucap pada majlis itu, Anggota Parlimen Kawasan Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi dan Timbalan Presiden Bersatu, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu

Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Tumpat, Wan Roslan Wan Hamat, timbalannya, Mohd Adanan Hassan, Naib YDP PAS Tumpat, Mohd Rosli Abdullah dan Anggota Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim.

Katanya, kalau dahulu Umno disanjung kerana perjuangannya adalah ‘a…ba…ta (agama, bangsa dan tanah air), namun kini tiada lagi kerana telah bersepakat dengan DAP.

“Bukan itu sahaja, pemimpin parti itu turut menyeru supaya ahli dan penyokong mengundi calon DAP pada PRN akan datang dan ini memberi kemarahan pada penyokong Umno itu sendiri,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, lapor HarakahDaily.

Menjawab soalan, beliau berkata dua negeri lain, Terengganu dan Kedah akan diadakan program serupa sebagai usaha untuk mengekalkan kemenangan PAS di dua negeri terbabit.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-