Monday, October 26, 2009

PAS semakin parah : DAP semakin marah : PKR tak tentu arah ~~~~~~


Pakatan Rakyat yang rapuh sudah mula memperlihatkan keretakan dalam perpaduan nya. PAS yang menjadi wakil penentu dalam PR sudah menunjuk kan perpecahan yang nyata.PAS sudah tidak boleh berselindung lagi tentang keretakan ini. Dibawah ini ialah kenyataan dari presiden PAS Tn Guru Hj Hadi Awang:-

Oct 26, 2009


Kenyataan Media Presiden PAS

“Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS)”

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya. Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini. Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini. Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru. Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Dato’ Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini. Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.


Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)


6 Zulkaedah 1430 H / 25 Oktober 2009

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-