Thursday, October 22, 2009

PAS tersalah pilih rakan kongsinya dalam percaturan politik ~~~~~~ *


 Jujur dan ikhlaskah mereka ini terhadap perjuangan PAS?

Makin hari PAS semakin hilang kepercayaan oleh kaum melayu/Islam. Perjuangan PAS untuk menegak kan negara Islam di Malaysia sudah semaik malap, boleh dikatakan sudah padam. Pada PRU yang lepas PAS cuma dapat meraih undi dari semua pengundi sebanyak lebih kurang 10% sahaja. Sedangkan 90% rakyat Malaysia masih tidak berminat dengan PAS walaupun PAS sudah ujud lebih dari 50 tahun.

Kaum melayu/Islam sudah mula hilang kepercayaan nya terhadap kebolehan PAS untuk mengujudkan sebuah negara Islam. PAS sudah tersilap pilih 'rakan kongsi' nya dalam memperjuangkan negara Islam bagi Malaysia.

Pertama, PAS harus sedar siapa sebenarnya PKR dan semua pemimpin2 nya. Untuk refresh memory kita semua, ingin Wak sebut kan bahawa SEMUA ahli2 dalam PKR keturunan melayu itu berasal dari UMNO. Mereka keluar dari UMNO se mata2 kerana sikap tidak jujur dan setia kepada parti.

Wakaupun mereka tidak lagi berada dalam UMNO, akan tetapi sikap dan sifat perangai UMNO nya masih lagi kukuh bersemadi di dalam jiwa mereka. Jika PAS menuduh UMNO itu bersifat buruk, makan PKR adalah lebih buruk dari UMNO.

Keburukan PKR ini sudah nyata terserlah semasa pemerintahan PR di negeri Perak. Sebenarnya kejatuhan kerajaan PR di negeri Perak adalah se mata2 di sebab kan oleh sikap buruk PKR. Dua orang ahli DUN PKR dan seorang ahli DUN DAP melompat keluar PR, maka tumbang lah kerajaan PR di negeri Perak dengan serta merta.

Di sebalik itu juga PKR tidak pernah menyatakan sokongan nya terhadap penubuhan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Kedua, DAP sudah pun diketahui oleh semua rakyat Malaysia terhadap anti-negara Islam nya. President DAP YB Karpal Singh dengan terus terang mencabar barang siapa mahu ujudkan negara Islam "kena langkah mayat nya dahulu". Apakah PAS terlalu bodoh untuk mengerti atau memahai apa yang di maksudkan oleh YB Karpal Singh itu.

Ungkapan bodoh yang dinyatakan oleh pemimpin PAS : "itu cuma pendapat perbadi nya sahaja".

Sekarang nyawa PAS atau talian hayatnya cuma bergantung kepada DAP dan PKR sahaja, sedangkan DAP dan PKR ini cuma mempergunakan atau memperalatkan PAS untuk mencapai niat cita2 buruk mereka. PKR sangat berhajat supaya DSAI dapat mengambil aleh kuasa dan memerintah negara. Sedangkan DAP pula mahu memecah belahkan kuasa politik melayu/Islam dan akhirnya berkuasa memerintah negara.

Orang2 melayu/Islam harus segera sedar dan kembali kepangkal jalan - bersatulah dalam sebuah parti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-