Saturday, December 26, 2009

Datuk Dr Hasan Ali bijak dan berani - dalam politik, tiada arahan siap yang patut dia ikut.....


26 Disember 2009

Hasan Ali, jangan terima memorandum itu

9 Muharram 1431

http://bongkarsauh.blogspot.com

Satu memorandum mendesak PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat akan diserahkan dan bakal diterima oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Difahamkan, perhimpunan itu digerakkan oleh Umno atas nama kepentingan Melayu.

Tidak menghairankan sangat jika perhimpunan itu dianjurkan oleh Umno. Parti itu memang sawan jika PAS mampu bekerjasama erat dengan DAP dan PKR. Cuma, kalau perhimpunan itu dianjurkan oleh orang PAS sendiri, atau mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat, ini adalah masalah besar yang wajib dirungkai segera.

Katakan, memang benar Umno yang menganjurkannya, apa sikap PAS Selangor terutama Hassan Ali?..................
 
Sebenarnya memorandam itu bukan anjuran UMNO, tiada sebab mengapa UMNO perlu buat demikian. Sepatutnya PAS sedar dan akui segala kelemahan dan kesilapannya sendiri, jangan kaitkan sebarang perkara buruk dalam parti itu kepada UMNO atau mana2 parti.

YB Datuk Dr Hasan bukan calang2 bijak nya, dia sudah sedar apa yang sedang berlaku dalam parti PAS. Dia tahu apa yang patut atau perlu dibuat.

Untuk menyedarkan PAS yang sudah terlalu terlena dan hanyut dilamun asmara gelombang DAP dan PKR, Dr Hasan perlu buat sesuatu yang drastik untuk menyelamatkan PAS terutamanya kaum melayu/Islam dari terus dihanyutkan dalam khayalan DAP dan PKR.
 
Kini PAS sedang mabuk tidak sedar diri setelah di 'dadah' oleh kata2 manis dari DAP dan PKR. PAS harus segera sedar dan kembali kepangkal jalan.

Tinggal kan PKR,
Tinggal kan DAP.

2 comments:

  1. Salam bro, betul sangat dengan apa yang diperkatakan, tetapi Dr Hasan Ali masih terikat dengan ' bai'ah' PAS............

    ReplyDelete
  2. Tak ada salahnya perkauman melayu/islam..Cuma bila KUASA dan nak BERKUASA sentiasa bermain dalam kepala maka itulah sebab yang tak membolehkannya. Melayu sekarang lebih RELA menjadi pepatung asalkan dapat menjadi teraju.

    Kena celik dan celih apakala memandang sekeliling jangan ditutup mata yang terang...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-