Monday, January 4, 2010

Kenyataan Dr. Zahid Hamidi - ada kebenaran nya. - boleh rosak kan akidah


Jika Allah di guna kan dalam agama kristian, ianya boleh rosak kan akidah. Itu memang benar, tapi bukan bagi semua orang Islam. Di sini Wak Labu ingin beri sedikit pendangan, sebenarnya di Malaysia ini ada tiga kategori Muslim - 
1, yang benar2 mengetahui dan benar2 mengamalkan Islam. 
2, yang kurang mengetahui dan kurang amalkan Islam. 
3, yang tidak mengetahui dan tidak amalkan Islam.

Bagi kumpulan 1 ini ianya tidak akan hadapi apa2 masalah.

Bagi kumpulan 2 ianya menimbulkan sedikit kekeliruan.

Bagi kumpulan 3 ianya akan menyebabkan kecelaruan, kemungkinan ada dikalangan ini akan anggap Islam dan kristian itu sama. - menyembah tuhan yang sama iaitu 'Allah'.

Sekarang di sini lah kita nampak tujuan 'mereka' mengunakan perkataan Allah ini  se mata2 untuk memesongkan kumpulan 3 ini. Walaupun kumpulan 3 ini tidak ramai, tetapi ianya akan tetap mencemarkan Islam. Ada kemungkinan pula sebilangan kecil dari kumpulan 2 akan ikut sama jejak kumpulan 3.

Sebenar nya kumpulan 2 dan 3 inilah yang akan menjadi 'sasaran' pendakwah2 atau mubalig kristian di Malaysia. Mereka ini telah mendapat tajaan dari pehak luar untuk mengembangkan dan memperkukuhkan agama kristian di rantau ini.

1 comment:

  1. Memang benar seperti tuan katakan.Itulah agenda dan matlamat mereka.Sasaran utama adalah muda mudi Islam yang hanyut dikota-kota besar.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-