Monday, April 26, 2010

Dari P94 Hulu Selangor, beredar pula ke P212 Sibu.

<!-- ----------- P212 SIBU ---------------------------------------- -->
P212 SIBU
Jumlah Pengundi: 53,679
Peratusan Kaum: M: 18% C: 67% I: % B/Sab: % B/Swk: 15% L: %
1. Datuk Robert Lau Hoi Chew (BN) (19,138)
2. Wong Ho Leng (DAP) (15,903)
3. Lim Chin Chuang (PKR) (812)
Majoriti: 3,235
Jumlah undi: 36,187
Peratus mengundi: 67.41%
Undi rosak: 334
Penyandang: Datuk Robert Lau Hoi Chew (BN)
(Majoriti: 3,345 undi)

Tamat sudah kesah di P94 Hulu Selangor dengan kejayaan besar bagi BN merampas kembali takhtanya dari PKR.

Memandangkan kepada senario trend pengundi di P94 Hulu Selangor dan P212 Sibu, ianya sangat menakutkan BN, jika ianya berlaku pula di P212 Sibu. Apa yang sangat ditakutkan itu ialah berkenaan sokongan kaum cina.

Di P94 sudah nampak jelas bahawa peti undi dikawasan kaum cina memehak kepada parti lawan. Boleh dikatakan bahawa kaum cina masih lagi belum mahu menerima MCA. PKR telah meraih lebih dari 20,000 undi di P94 kerana sokongan dari kaum cina.

P212 Sibu yang mempunyai 67% kaum cina berbanding dengan 26.7% di P94 Hulu Selangor. Fakta kiraan peratus inilah yang sangat membimbangkan kita tentang mempertahankan kerusi P212 Sibu akan kekal dibawah BN.

Kita cuma berharaf agar pengundi dari kaum cina di Sibu tidak terpengaruh dengan cara pengundi kaum cina di P94 Hulu Selangor.

Sebenarnya, P212 Sibu lebih penting dari P94 Hulu Selangor dalam menentukan masa depan BN. BN harus sentiasa sedar bahawa talian hayat BN pada PRU12 yang lepas bergantung kepada Sabah dan Sarawak. Jika tidak kerana sokongan dari sana, pasti BN sudah tumbang.

Kita perlu bimbang akan Sibu menjadi 'batu tanda' permulaan penghijrahaan sokong kaum cina terhadap BN. Di Semenanjung Malaysia, sudah nampak jelas bahawa kaum cina sudah hilang kepercayaan nya terhadap parti MCA dan  Gerakan yang menyokong BN.

BN kena berkerja keras berganda2  lebih dari di P94 Hulu Selangor. Jika P212 Sibu jatuh ketangan pembangkang, masa depan BN pasti gelap di Sabah dan Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-