gambar hiasan
Di sini Wak ingatkan kepada semua anak buah yang ada masuk kelaman blog ini supaya tidak memandu semua jenis kenderaan bermotor jika tiada lesen memandu atau sudah tamat tempohnya. Jika cukai jalan kenderaan bermotor anda sudah tamat tempoh pun jangan sekali2 dipandu dijalan raya.
Mengikut undang2 transport di Malaysia atau dimana2 di dunia ini pun ianya menjadi kesalahan. Anda boleh dikenakan denda atau penjara jika didapati bersalah. (Dipenjara kalau tak mampu bayar denda).
Begitu juga halnya dengan anak2 yang di bawah umur. Jangan sekali2 cuba memandu kenderaan bermotor dijalan raya. Ibubapa harus lah mengawasi anak2 mereka supaya terhindar dari bale bencana yang amat besar.
Paling malang jika anak2 ini tertembung dengan sekatan jalan raya, di sini ramai polis yang bersenjata lengkap berkawal di sekatan jalan raya ini. KPN sudah memberi amaran, JANGAN LARI DARI SEKATAN JALAN atau MEREMPUH SEKATAN JALAN yang dikendalikan oleh polis.
Jika anda langgar juga amaran dan perintah polis ini, maka anda pasti akan menerima padah yang sangat buruk.
Sentiasa ingat dan patuhi segala peraturan dan undang2 di jalan raya jika anda mahu dipanjangkan umur.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.