Perkasa teruskan boikot lagu Kristian dalam bahasa Melayu
Dicatat oleh ustazcyber di 8:59:00 PG
KUALA LUMPUR, Oct 28 — Perkasa menegaskan umat Islam di seluruh negara mesti memboikot penyanyi popular Jaclyn Victor kerana menyanyi lagu “Harapan Bangsa”, sebuah lagu Kristian dalam bahasa Melayu di mana kumpulan garis keras hak Melayu itu mendakwa merupakan satu penghinaan kepada Islam — dalam ribut antara agama terbaru meletus di Malaysia yang mempunyai penduduk yang mengamalkan pelbagai agama.
Wak heran ape salah nye dengan lagu merdu nyanyian Jaclyn Victor ni. Lagu ni di dendangkan oleh penyanyi yang beragama kristian untuk memuji dan mendoa kan ke amanan dan kemakmuran Malaysia itu aje. Ianye langsung tidak mengandungi unsur2 yang mempengaruhi umat Islam ke arah agama kristian.
Mungkin PERKASA ni anggap ianye salah kerana di dendangkan dalam bahasa melayu. Kalau lah lagu yang seperti ni di dendangkan oleh penyanyi yang beragama hindu atau buddha itu pun salah juge? Wak bukan nye bertujuan untuk membela mana2 pehak. Kita cume jangan terlalu rasis hinggakan anggap lagu nyanyian seperti ni pun dipertikaikan.
PERKASA kena faham betul2, salah ke kalau yang beragama kristian memuji dan berdoa untuk sebaikan dan keselamatan negara dengan mengaitkan unsur2 agama nye?
PERKASA kena ingat bahawa lebih 80% ahli2 nye terdiri dari hardcore UMNO. Perbuatan PERKASA memboikot penyanyi popular ni memang kena pade tempat nye. Kaum bukan melayu/islam pasti akan terus menolak UMNO.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.