Pahang Daily Online
|
Posted: 27 Nov 2012 10:08 PM PST
Teguran yang dibuat oleh Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah (foto) terhadap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwarharus diterima dengan hati terbuka oleh semua pihak sebenarnya. Dalam satu kenyataan media yang dibuat oleh baginda pada 15 November lalu, Sultan Hj.Ahmad Shah menegur sikap pemimpin PKR itu yang begitu lantang bersuara bab agama hingga tidak sedar apa yang diperkatakan telah menimbulkan situasi tidak tenteram kepada umat Islam. "Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang saya berasa sedih, dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau lantang sangat sebut pasal agama ini. "Saya nasihatkan agar rakyat tidak mendengar cakap-cakap sebegitu dan perlu memikirkan perkara itu dengan sehalus-halusnya," titah baginda. Baginda juga bertitah sebagai seorang Islam, kenyataan berkaitan agama Islam tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif. "Tidak semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh bercakap mengenai Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari, sebab itu saya tak berani bercakap," titah baginda. "Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini," titahnya. Susulan kenyataan baginda itu, kini episod "serangan peribadi tuanku" telah dilakukan oleh pihak tertentu yang bertujuan untuk mengaibkan maruah Sultan Pahang. Selepas heboh diperkatakan tentang pendedahan Blogger Uncle Seekers terhadap Sultan Johor, kini kecoh dibuatnya apabila tersebar video panas berkenaan Sultan Pahang di laman Youtube. Tidak diketahui siapa yang memuat turun video tersebut, namun ia mungkin ada kaitan dengan kenyataan Sultan Pahang terhadap Nurul Izzah agaknya. Video yang bertajuk "Kat Films Royal Soiree: 1881 Celebrations Of His Royal Highness Sultan Pahang & Prince Hafad.mov". Edaran video tersebut kini telah disaksikan ramai pihak termasuk warga Pahang di luar negara. Malah, video berkenaan juga telah disebarkan di laman sosial facebook serta tweeter secara meluasnya. Malah dalam blog panas amenoworld dengan jelas mendedahkan gambar-gambar berkaitan untuk tatapan pembacanya. Apa yang terjadi ini benar-benar sesuatu yang sungguh mendukacitakan kerana ia melibatkan Sultan Pahang yang dikenali sebagai "Raja Berjiwa Rakyat" dan disanjung oleh penduduk negeri ini.
[Video yang berdurasi selama 3 minit ini diterbitkan oleh KatFilms.Co.Uk jelas sekali boleh menjatuhkan imej dan maruah Sultan Pahang sebenarnya. Tambahan dalam video berkenaan ada memaparkan adengan-adengan yang tidak sewajarnya dipertontonkan kepada rakyat. Persoalannya sekarang, siapakah pihak yang telah memuat turun video berkenaan ke laman Youtube. Dari maklumat pada Youtube video berkenaan diterbitkan oleh individu yang bernama ikanbandor mulai semalam (27 November). Sebagai rakyat Pahang kita merasa amat kecewa dengan penerbitan video yang boleh menjejaskan imej dan maruah institusi raja di negeri Pahang ini sebenarnya. Justeru, pihak berkuasa digesa segera memantau perkara ini kerana ia jelas sekali satu penghinaan yang telah dirancang oleh pihak tertentu].
|
apa nak pantau.Itulah hakikat raja melayu yang didoakan setiap jumaat.Peribadi terlalu teruk.Masyallah.Biar rakyat tahu.Hanya Sultan Kelantan shj berlainan spesies.
ReplyDelete