Monday, February 25, 2013

BR1M wang rakyat, bukan wang mak bapak UMNO!!!


KUAT SUNGGUH HASUTAN PEMBANGKANG SEHINGGA ADA PENERIMA BR1M TIDAK MAHU MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU

MONDAY, FEBRUARY 25, 2013
Posted by Sungai Rapat at 7:58 PM

Itulah yang berlaku kepada anak muda kita hari ini yang telah dihasut, difitnah sehingga membenci lagu Negaraku sendiri.

Kejadian ini berlaku di dewan Carsem sebentar tadi semasa pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia kepada anak muda yang disampaikan oleh YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat.

Sungai Rapat Online mengenalpasti ada beberapa anak-anak muda yang tidak membuka mulut langsung semasa nyanyian lagu negaraku beramai-ramai.

Ini menunjukkan matlamat pakatan pembangkang sudah sampai iaitu memusnahkan mentaliti anak muda daripada menyayangi lagu negara sendiri. Ini dengan sendirinya mereka membenci negara Malaysia dimana disinilah mereka dilahirkan dibesarkan dan mereka mungkin akan mati juga di Malaysia.

Seramai 2800 anak muda menerima BR1M di Dewan Carsem dan ini merupakan penerima zon Ipoh dan seramai 1000 lagi menerima BR1M di Sekolah Kebangsaan Seri Jaya.

Menurut YB Dato Hamidah Osman, tiada negara termasuk negara maju seperti Singapura yang mampu untuk memberi Bantuan sebegini kepada rakyatnya melainkan hanya di negara Malaysia sahaja.

"Ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional begitu cemerlang dalam memerintah negara Malaysia sehingga mempunyai wang lebihan untuk diagihkan kepada rakyatnya.

Kita sepatutnya wajib bersyukur kerana tinggal dan hidup dibumi bertuah Malaysia ini", kata YB Dato Hamidah.

Kita juga sewajarnya berterima kasih kepada perdana Menteri Malaysia YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak kerana begitu mengambil berat kebajikan orang muda.


Satu kejutan yang dibuat oleh seorang anak muda yang tidak dikenali sebaik sahaja menerima BR1M beliau menyerahkan sebuah buku nota kepada YB Dato Hamidah Osman. Buku nota tersebut dipenuhi dengan sajak yang penuh syahdu tentang orang Melayu yang mudah lupa.

Saya akan siarkan semua sajak-sajak beliau malam ini.

Wak heran dengan menteliti pencacai2 dan pemimpin2 UMNO yang masih terlalu jumud ni. Mereke ni masih lagi menganggap wang BR1M tu wang mak bapak UMNO. Mereke masih tidak sedar rakyat sudah celek mate dan bijak berfikir. Rakyat semue nye tahu wang BR1M tu semuenye wang rakyat yang telah di kutip melalui cukai-mukai selame seumur hidup.

Yang paling bangang ialah tentang kenyataan dari seorang YB yang telah membandingkan Malaysia dengan Singapura yang kunun nye tidak mampu memberi BR1M seperti Malaysia. Kenyataan ni sebalik nye telah memberikan gambaran tentang bertape jumud nye care YB tu berfikir.

Rakyat di seluruh negare sudah maklum mengetahui sebab2 BR1M terpakse di hulurkan menjelang PRU13. Pemberian ni se mate2 untuk memujuk rakyat supaye kembali menyokong kerajaan BN yang hampir tumbang pade PRU 12 yang lalu. Jikesekire nye kerajaan BN masih kukuh dan kuat sudah pasti rakyat tidak akan megerime se sen pun.

Sebenar nye BR1M ni adalah hasil dari perjuangan Pakatan Rakyat yang telah berjaya melemah kan kedudukan BN. Sepatutnye Pakatan Rakyat lah yang harus di puji dan di ucapkan tahniah kerane berjaye menghentan BN hingge separuh mati. Bile dah nak mati barulah ter hegeh2 menghulurkan kembali wang dari hasil rompakan wang negare/rakyat.

2 comments:

  1. SEBAB ITULAH KERAJAAN BERI KEPADA SEMUA YANG LAYAK,SEBAB DUIT TU DUIT RAKYAT.TAK ADA PULAK BAGI KAT ORANG UMNO AJE...

    MAKA BETUL LAH APA YANG WAK CAKAP TU.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Wak kerana siarkan artikel ini. Semoga sedikit sebanyak menyedarkan penyokong PR bahawa, tidak semua pemerintah yang baik dan menghargai rakyat seperti PM DS Najib.

    Ada pemerintah yang memberikan alasan tak ada duit untuk diagihkan kepada rakyat. Kalau tak mampu cari duit untuk kemakmuran rakyat, tak usah jadi pemerintah. Hari-hari duk bagi ilmu sahaja, sampai Rakyat tak tahu nak buat apa dengan ilmu yang banyak sangat kerana nak guna tiada benda atau kemudahan.

    Ada pemerintah yang kedekut untuk bagi duit kepada rakyat walaupun negeri kaya sehingga yang dijanjikan pun tidak ditunaikan.

    Bukan semua orang kaya itu rajin menderma. Ada orang kaya yang kedekut macam Haji Bakhil. Dia menderma hanya bila ada kepentingan sahaja.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-