Showing posts with label BR1M. Show all posts
Showing posts with label BR1M. Show all posts

Wednesday, August 29, 2018

Kerajaan ‘manja’ minta duit rakyat langsai hutang

SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
29 OGOS 2018


GEORGETOWN - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa menghentikan kutipan derma bagi Tabung Harapan sekiranya mahu memansuhkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Ketua Pemuda Umno Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail berkata, tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa rakyat dimanjakan dengan pemberian BR1M tidak boleh diterima.

Menurutnya, perkara itu juga tidak wajar dijadikan alasan untuk memansuhkan BR1M kerana kerajaan PH juga meminta derma dari rakyat kononnya mahu menyelesaikan hutang negara.

“Pemuda Umno Nibong Tebal amat kesal dengan pemansuhan BR1M. Alasan rakyat terlalu dimanjakan dengan pemberian bantuan itu tidak boleh diterima pakai.

“Mereka (kerajaan) juga minta bantuan dari rakyat apabila melancarkan Tabung Harapan untuk menyelesaikan hutang negara. Sebenarnya bukan rakyat yang manja sebaliknya kerajaan pada hari ini yang tidak mahu berusaha cari jalan selesaikan hutang negara,” katanya.

Tambahnya, sebagai kerajaan baharu yang dipilih rakyat, pemimpin negara sepatutnya peka dengan masalah kos sara hidup yang semakin menghimpit rakyat.

“Tambahan pula dengan pelaksanaan cukai jualan dan khidmat (SST) pada 1 September ini yang dikatakan kemungkinan harga barang akan melonjak naik.

“BR1M yang diperkenalkan kerajaan terdahulu sebenarnya telah banyak membantu kehidupan rakyat malah ada yang berjaya memulakan perniagaan dengan hasil pemberian tersebut.

“Saya berharap kerajaan PH lebih bertanggungjawab kepada rakyat yang telah memberi undi kepada mereka,” katanya.

Norhiesam berkata, tindakan memansuhkan bantuan tersebut dilihat sebagai satu penganiayaan terhadap rakyat yang memberi mandat kepada PH.

“Kerajaan langsung tidak menyelami masalah dan denyut nadi rakyat,” katanya.

Terdahulu, kerajaan akan mengurangkan jumlah BR1M sedikit demi sedikit sebelum ia dimansuhkan.

Mahathir berkata, langkah tersebut bertujuan untuk memastikan rakyat lebih berdikari.

Mahathir mendakwa, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini telah memanjakan rakyat dengan hanya memberikan rakyat wang tanpa perlu melakukan kerja.

Saturday, August 25, 2018

Hapus BR1M hukum rakyat miskin, kata Najib

FMT Reporters | August 25, 2018
Bekas perdana menteri berkata PH nampaknya hanya mementingkan golongan kaya, ekonomi gelap dan peniaga yang suka mengelak cukai.

Gambar Bernama

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak membidas rancangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan bantuan wang untuk golongan termiskin, mengatakan Pakatan Harapan sudah melupakan janji meneruskan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Mengapa sekarang mahu mungkir janji dan menghukum rakyat miskin?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bekas perdana menteri menepis tuduhan bayaran BR1M dari sumber curi, menegaskan di mana salahnya mencukaikan yang kaya dan yang lari cukai untuk memberi bantuan kepada orang miskin?

“Nampaknya kerajaan PH hanya mementingkan golongan yang kaya, ekonomi gelap dan peniaga yang suka mengelak cukai daripada mahu menaikkan gaji dan membantu golongan yang miskin,” katanya.

Najib berkata wang untuk BR1M daripada rasionalisasi subsidi dan GST, di mana golongan kaya yang lebih banyak berbelanja lebih banyak membayar cukai itu.

“Lebih penting, GST mengurangkan pengelakkan cukai, mengurangkan aliran dana haram dan mengutip cukai daripada ekonomi ‘gelap’,” katanya.

Najib berkata kutipan dikembalikan kepada kumpulan isi rumah berpendapatana 40% terendah (B40) sebagai BR1M, yang dinaikkan seiring dengan peningkatan kutipan GST akibat pertumbuhan ekonomi.

“Dr Mahathir masih mendakwa BR1M dibayar dengan wang yang dicuri dan tujuan BR1M untuk ‘membeli’ rakyat. Dia juga mendakwa wang BR1M terlalu kecil dan rakyat tidak merasa.

“Agaknya pelik tuduhan bahawa kerajaan BN ‘curi’ wang untuk bagi balik kepada rakyat,” kata Najib.

Najib menyorot perhatian kepada pengumuman kerajaan minggu lepas, di mana kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku kedua “selepas PH mengambil alih” turun kepada 4.5% berbanding 5.4% untuk suku sebelum itu, manakala kadar pengangguran naik.

Beliau juga berkata beberapa penganalisis ekonomi meramalkan Malaysia bakal jatuh kepada kemelesetan ekonomi dalam tempoh terdekat, dan harga getah dan minyak sawit juga turun sejak pilihan raya umum lepas.

“Ketika inilah orang miskin yang patut ditolong bukan dihukum,” katanya.

Najib mengingatkan ketika dia menjadi perdana menteri nisbah GINI turun ke paras terendah bawah 0.40, untuk pertama kali dalam sejarah, pada 2016.

“Saya bimbang bahawa jurang pendapatan yang semakin turun masa saya menjadi perdana menteri akan naik kembali kepada tahap yang tinggi pada penggal pertama Tun Mahathir berkuasa,” katanya.

Dr Mahathir hari ini dilaporkan berkata pentadbirannya akan mengurangkan jumlah BR1M sedikit demi sedikit sebelum dimansuhkan, bertujuan untuk memastikan rakyat lebih berdikari.

“Jika anda hanya suap rakyat, mereka akan jadi lemah,” kata perdana menteri.

Monday, June 11, 2018

PM: Tiada lagi haji percuma dengan duit curi

Diterbitkan 10 Jun 2018, 11:33 malam


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kerajaan tidak lagi akan menghantar jemaah untuk menunaikan haji dengan menggunakan wang yang dicuri.

Beliau jelas menyindir "program amal" Yayasan 1MDB yang menaja perjalanan haji percuma.

"Ramai orang tidak akan dapat melaksanakan haji kali ini kerana kerajaan tidak akan membayar haji mereka dengan wang yang dicuri.

"Jika anda mahu, kita boleh mencuri dan bayar, tetapi kita tidak percaya pada cara mencuri wang," katanya ketika berucap pada majlis makan malam di Tokyo dengan warga Malaysia yang menetap di Jepun.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan-rakannya dituduh memperalatkan 1MDB untuk menyalahgunakan dana daripada syarikat milik negara itu.
Najib menafikan sebarang salah laku atau mengambil dana awam untuk keuntungan peribadi.

Mahathir turut berkata kerajaan baru Pakatan Harapan terpaksa memulihkan negara dan menangani hutang besarnya RM1 trilion.

"Orang yang sudah mempunyai kehidupan yang cukup baik tidak akan mendapat bantuan HARAPAN seperti BR1M.

"Kami tidak menyebutnya BR1M, kami memanggilnya dengan nama lain kerana kami tidak mahu mewarisi kebiasaan buruk mereka (kerajaan sebelumnya)," katanya.

Hargai sumbangan Tabung Harapan

Beliau juga memuji mereka yang menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia, yang ditubuhkan bagi membolehkan orang ramai menderma bertujuan membayar hutang negara.

"Ada sesetengah orang membuat keputusan mereka mesti mendermakan wang kepada kerajaan dan bukannya disebabkan desakan kerajaan.

"Sekarang, kita telah kumpulkan lebih daripada RM40 juta. Sudah tentu, apabila anda perlu membayar RM1 trilion (hutang negara), maka jumlah RM40 juta bukanlah besar mana tetapi isyaratnya itu yang amat dihargai.

"Saya sangat berterima kasih kepada mereka, kami sangat berterima kasih kepada mereka, walaupun di sekolah-sekolah, murid-murid mengumpul wang untuk didermakan kepada kerajaan," katanya.

Wednesday, May 30, 2018

Lima khabar gembira dari PM

MyMetro
Utama
Manirajan Ramasamy dan 
Irwan Shafrizan Ismail dan 
Mohd Nasarudin Parzi
cnews@nstp.com.my
DR MAHATHIR pada sidang media, hari ini

KERAJAAN bersetuju memberi bantuan khas perayaan berjumlah RM400 bagi kakitangan awam Gred 41 ke bawah, RM200 untuk pesara kerajaan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengumumkan Bantuan Sara Hidup bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan disalurkan pada 6 Jun dengan kadar bantuan dikekalkan.

Beliau berkata, harga minyak RON95 akan dikekalkan, manakala RON97 akan diapungkan mengikut harga pasaran.

“Esok taklimat penuh akan dibuat Kementerian Kewangan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Tambah beliau, kadar tol akan diberikan diskaun 50 peratus di semua lebuh raya di seluruh negara bagi tempoh dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri

Tahun lalu, menerusi Bajet 2018, kerajaan Barisan Nasional (BN) mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Bantuan khas RM250 pula diberikan kepada 743,000 pesara kerajaan.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Mei 2018 @ 1:40 PM

Saturday, May 26, 2018

Menteri Kewangan: BR1M tukar nama, agihan kedua sebelum Aidilfitri

Diterbitkan 26 Mei 2018, 5:39 petang

Kementerian Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan akan mengagihkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bulan depan sebelum Aidilfitri.

Melalui kenyataan Twitter hari ini, beliau berkata perkara itu adalah arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, tambah Lim, agihan bantuan itu akan ditukar nama.

"Sepertimana yang diarahkan Dr Mahathir, BR1M (yang akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Aidilfitri. Maklumat lanjut akan diumumkan minggu depan," katanya.

Agihan Jun merupakan agihan kedua di bawah program itu bagi tahun ini selepas agihan pertama dibuat oleh pentabiran BN pada Februari lalu.

Susulan kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, Dr Mahathir mengarahkan slogan '1Malaysia' dan ucapan 'salam 1Malaysia' yang diperkenalkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lagi akan digunakan.

Dr Mahathir juga memberi jaminan bayaran BR1M akan dikekalkan namun akan menumpukan kepada golongan yang lebih memerlukan.

[Baca berita penuh]

Monday, April 23, 2018

Ibu bersalin dapat cuti 2 tahun jika Mohd Amar jadi PM


PRU14 l Satu lagi tawaran daripada pemimpin kanan PAS - andainya beliau menjadi perdana menteri.

Menurut Datuk Mohd Amad Nik Abdullah, kerajaan PAS boleh memberikan cuti bersalin kepada wanita selama dua tahun berbanding 90 hari yang diberikan kerajaan sekarang.

Untuk sektor swasta pula peraturan setakat ini mengehadkan cuti bersalin kepada 60 hari walaupun kerajaan sudah menyatakan untuk meminda undang-undang bagi mewajibkan ia ditukar kepada 90 hari.

Berucap di majlis pelancaran Manifesto PAS Kelantan di Kota Bharu, Mohd Amar berkata langkah itu boleh menjadi kenyataan jika beliau dilantik menjadi perdana menteri.

"So lagi ambo (satu lagi saya) baru isytihar - Malaysiakini tak isytihar (lapor) lagi - iaitu kalau ambo jadi perdana menteri memerintah Malaysia, nak bagi cuti bersalin dua tahun," katanya disambut ketawa orang ramai yang menghadiri majlis berkenaan.

Majlis itu disiarkan secara langsung di Facebook.

Menegaskan lebih lanjut hasratnya itu Mohd Amar yang juga naib presiden PAS berkata ketika ini Kelantan tidak dapat melaksanakan dasar itu kerana terikat dengan pelbagai kekangan seperti dasar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Tapi kalau kita perintah Malaysia, kita boleh ubau suai peratuan-peraturan JPA itu," katanya.

Ulangi janji BR1M

Nik Amar bagaimanapun memberitahu, walaupun wanita bersalin diberi cuti dua tahun, gaji mereka hanya akan dibayar selama tiga bulan saja.

"Lepas tu, tak ada (dibayar) gajilah," katanya.

Menurut Mohd Amar ketika ini hanya ada satu negara dalam dunia memberikan cuti bersalin selama dua tahun, iaitu Iran.

Sebelum ini penyandang kerusi dewan undangan negeri Panchor itu menjanjikan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM2,500 berbanding RM1,200 yang diberi BN.

"Malam ini saya nak isytihar, kalau kita menang memerintah Malaysia, ambo jadi perdana menteri ambo akan bayar BR1M RM2,500.

"Guana agok (macam mana agak)? Berpeluh kalau Najib dengar, sebab tiga kali dah BR1M naik selepas ambo sebut. Kebetulan ke tidak ambo tak pasti," katanya di Salor, Kota Bharu.

Semasa berucap hari ini Mohd Amar sekali lagi mengulangi janjinya untuk memberikan BR1M sebanyak RM2,500 dengan syarat beliau menjadi perdana menteri.

Sunday, April 8, 2018

Manifesto BN 'pukul habis' janji Pakatan Harapan

Herman Hamid
07 April 2018 11:21 PM
Akujanji terperinci, peningkatan BR1M jawab tuduhan GST

PENGERUSI Barisan Nasional Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin komponen BN berikrar memenuhi manifesto pada majlis pelancaran manifesto Barisan Nasional PRU ke-14 di Stadium Axiata di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ AMIR HAFIZ

PEMBENTANGAN Manifesto Barisan Nasional (BN) malam ini memang langkah checkmate terhadap apa yang Pakatan Harapan tawarkan biar pun lawan menampilkan janji-janji penuh populis.

Malah tawaran yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi dengan janji untuk menunaikannya dan ini berbeza dengan Pakatan Harapan yang terus membuat pusingan U terhadap beberapa janji mereka sendiri walaupun tidak sampai sebulan dilancarkan.

Sebagai contoh, di satu pihak mahu menjanjikan penghapusan tol manakala calon Perdana Menteri sementara mereka yang berusia 93 tahun itu, masih dengan pendekatan lama, gemarkan tol.

Sikap tidak konsisten mereka semuanya kerana kekaburan mengenai jumlah pendapatan negara gara-gara mahu menjadi populis menerusi penghapusan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sekali gus meletakkan manifesto Pakatan Harapan dalam keadaan samar-samar.

Sebab itu, sehingga sekarang pemimpin mereka gagal memberi penjelasan langkah bagi menampung kehilangan hasil lebih RM20 bilion akibat pemansuhan GST yang menjadi tanda tanya ramai penganalisis termasuk Bank Dunia.

Sebaliknya tawaran populis penghapusan GST ditangkis mudah oleh kerajaan dengan memulangkan balik kutipan hasil tersebut kepada rakyat antaranya yang menjadi buah mulut ramai adalah menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Peningkatan jumlah BR1M kepada sekali ganda yang bermula bayaran akan datang selain bayaran one off RM1,500 kepada anak-anak penerima yang menuntut di universiti sememangnya satu faktor ‘feel good’ cukup besar buat Barisan Nasional (BN).

BR1M adalah satu contoh mudah, bagaimana pelaksanaan GST memberi banyak manfaat kepada rakyat yang layak. Biar pun sama-sama dikenakan GST seperti golongan kaya, namun jumlah GST yang dibayar mereka pastinya tidak sebesar golongan lain.

Faktor memukau lain dalam akujanji BN memang jelas. Manifesto BN digarap dengan terperinci, siap dengan langkah pelaksanaan dan jangka masa. Cukup meyakinkan yang tawaran BN ini mampu ditunaikan.

Maka, yang diperlukan mandat daripada pengundi kelak dan jika diukur daripada tawaran manifesto, BN jelas di hadapan berbanding lawan.

Cuma tinggal lagi, jentera BN perlu siap siaga dalam berhadapan hasutan pemimpin lawan kerana politik hasutan, pembohongan adalah ‘kekuatan sebenar’ DAP dan sekutu termasuk Tun Dr. Mahathir Moahamad yang kini tidak ubah seperti Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu.

Saturday, April 7, 2018

Najib umum BR1M naik sekali ganda

BERITA


MANIFESTO BN | Datuk Seri Najib Razak malam ini mengumumkan agihan BR1M seterusnya bagi tahun ini akan dinaikkan sehingga sekali ganda.

Najib yang juga merupakan pengerusi BN berkata demikian ketika mengumumkan manifesto parti itu di Stadium Bukit Jalil.

Presiden Umno itu berkata, hal ini dapat dilakukan kerana kewangan negara yang semakin kukuh.

"Disebabkan ekonomi kita semakin baik, dan kedudukan kewangan semakin kukuh, hasil kutipan GST pun bertambah - meski dikutuk pembangkang - maka kerajaan BN dapat berkongsi dengan rakyat," katanya.

Najib menjelaskan bahawa bagi isi rumah dengan pendapatan di bawah RM3,000 sebulan, yang sudah mendapat agihan BR1M sebanyak RM400 Feb lalu, akan mendapat dua agihan seterusnya pada Jun dan Ogos masing-masing RM800.

"Ini bermakna jumlah keseluruhan pemberian BR1M meningkat dari RM1,200 kepada RM2,000," katanya.

Sementara bagi isi rumah dengan pendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan, agihan pada Jun dan Ogos itu adalah masing-masing sebanyak RM600 berbanding RM300 sebelum ini.

Bagi golongan muda dengan gaji bulanan di bawah RM2,000 yang sudah menerima RM150 pada Februari lalu, jumlah agihan BR1M seterusnya pada Jun adalah sebanyak RM450.

Najib turut mengumumkan kategori baru penerima BR1M, iaitu bagi isi rumah dengan pendapatan RM4,000 hingga RM5,000 yang sebelum ini tidak layak menerima bantuan.

"Kumpulan ini akan menerima BR1M RM700 yang akan diagihkan dua kali iaitu masing-masing RM350 pada Jun dan Ogos," katanya.

Selain itu, Najib turut mengumumkan bahawa anak penerima BR1M yang mendaftar kemasukan universiti akan menerima bantuan RM1,500.

Pelancaran manifesto BN hari ini bersamaan dengan pembubaran parlimen yang diumumkan oleh Najib semalam. Pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

[Baca berita penuh]

Monday, March 26, 2018

Bantuan Kerajaan akan dihentikan jika pembangkang memerintah


PADANG TERAP (Kedah) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat tidak lagi dapat menikmati pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan selama ini jika pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan negara.

Perdana Menteri,  Bank Dunia baru-baru ini telah mempersoalkan kemampuan pakatan pembangkang untuk memerintah dengan berkesan sekiranya mereka hendak menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mereka.

“Bank Dunia mempersoalkan kalau GST dihapuskan, akan berlaku kelompangan kewangan RM20 billion dalam akaun. Ini tidak disebut dalam manifesto itu kerana mereka cuba mengaburi mata rakyat dengan tidak menyebut tentang kekurangan ini,” katanya semasa berucap di majlis perjumpaan bersama Masyarakat Siam di Kampung Chanding di sini. hari ini

Menurutnya, tanpa hakikat ini dinyatakan, implikasinya kepada rakyat akan bererti bantuan-bantuan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pemberian khas kepada petani dan nelayan dan sebagainya akan dihentikan oleh pembangkang.

“Kalau masih tak cukup juga (untuk menampung kelompangan akaun ini), mereka mungkin akan menambahkan lagi cukai pendapatan persendirian sehingga empat ke lima peratus,” katanya.

Najib berkata di sebalik mempersoalkan kewibawaan pembangkang ini, Bank Dunia merupakan antara badan peringkat antarabangsa yang memberikan pengiktirafan dan keyakinan mereka tentang masa depan Malaysia jika kerajaan sekarang terus memerintah.

Menurutnya, badan-badan lain seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Forum Ekonomi Dunia (WEF), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan beberapa bank antarabangsa turut menzahirkan keyakinan mereka dengan keupayaan kerajaan sekarang melaksanakan transformasi dalam negara ini.

“Badan penarafan antarabangsa bertaraf dunia telah memberi pengiktirafan yang meyakinkan kepada Malaysia dan masa depan kita kerana kemampuan kita untuk melaksanakan transformasi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata usaha kerajaan untuk membawa kaum minoriti seperti masyarakat keturunan Siam di negara ini untuk bersama-sama dalam arus perdana pembangunan negara akan diteruskan bagi meningkatkan mobiliti sosial mereka.

Menurutnya, selain telah berjaya membolehkan beberapa pelajar keturunan Siam mencatatkan keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), kerajaan akan membuka peluang lebih luas bagi mereka untuk melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi awam.

“Ini sejajar dengan dasar kerajaan kita yang inklusif untuk melindungi masyarkat minoriti di negara ini seperti masyarakat Siam untuk terus bebas mengamalkan agama dan bertutur bahasa mereka,” katanya.

-- BERNAMA

Tuesday, March 13, 2018

Malaysia tetap defisit walaupun ada GST...?

Malaysia tetap defisit walaupun ada GST

SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
13 MAC 2018

Guan Eng

GEORGETOWN - Malaysia mencatatkan defisit setiap tahun sejak 2015 walaupun pada tempoh tersebut, cukai barang dan perkhidmatan (GST) telah dilaksanakan di negara ini.

Perkara itu sekali gus menyangkal dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa pelaksanaan GST akan menyelamatkan Malaysia sebagai negara defisit dengan kutipan RM45 bilion setahun melalui kutipan cukai tersebut.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kenyataan Najib mengenai GST adalah tidak benar kerana bajet negara sudah menunjukkan defisit sejak GST dilaksanakan.

“Setiap tahun, 2015, 2016 dan 2017, Malaysia menunjukkan defisit walaupun pada tempoh itu, GST sudah pun dilaksanakan. Oleh itu, saya tak tahu apa yang beliau katakan bahawa tanpa GST, Malaysia akan jadi negara defisit.

“Bukan macam Pulau Pinang, kita sedang bergembira dengan bajet surplus sejak dahulu lagi, sejak Pakatan Harapan memerintah negeri ini. Sedangkan, Pulau Pinang tak buat GST pun, tapi masih surplus,” katanya kepada media semalam.

Guan Eng berkata demikian bagi mengulas kenyataan Najib mengenai Malaysia akan menjadi negara defisit tanpa kutipan hasil RM45 bilion melalui pelaksanaan GST.

Najib berkata, tanpa GST, negara tidak mungkin mampu mengutip hasil sebanyak RM45 bilion setahun yang kemudian dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk bantuan pendidikan, pekebun kecil dan nelayan serta Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Najib berkata, kadar GST Malaysia antara terendah di dunia, iaitu 6 peratus di mana 164 negara lain turut melaksanakan GST, dengan yang terbaru di India.

Setiausaha Agung DAP itu menambah, pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, negara tidak berada dalam defisit walaupun pada ketika itu, GST belum diwujudkan.
“Dulu Tun jadi PM, beliau tak buat GST pun, tapi negara tak juga defisit. Jadi, mengapa kita perlukan GST? Pemimpin BN kata tanpa GST, BR1M tak boleh bagi, projek tak boleh dijalankan. Tapi kita di Pulau Pinang, mampu buat. Kita tak ada GST, bantuan dan projek masih jalan.

“Mengapa kita boleh? Sebab kita hapuskan rasuah. Jika di Pulau Pinang kita boleh buat, kita juga boleh buat di Putrajaya jika menang kelak. BR1M masih boleh diberikan tanpa kutipan GST sekiranya Pakatan Harapan menguasai Putrajaya nanti,” katanya.

Guan Eng berkata, Pulau Pinang telah membuktikan dengan pelaksanaan 99.7 peratus projek pembangunan dengan hanya menggunakan 55.4 peratus bajet tahunan.

“Laporan Ketua Audit Negara 2015 mengakui Pulau Pinang berjaya menyiapkan 99.7 peratus projek pembangunan iaitu 16,126 daripada 16,173 projek dengan hanya membelanjakan 55.4 peratus bajet tahunan (RM951. 61 juta).

“Mengapa kita mampu buat seperti ini? Sebab kita bebas rasuah. Kita akan hapus GST tapi dalam masa sama, mampu bagi BR1M,” katanya.

Sunday, March 11, 2018

Malaysia defisit tanpa GST - Najib

By watan 
on March 11, 2018


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia akan menjadi negara defisit tanpa kutipan hasil RM45 bilion melalui pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Tanpa GST, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata negara tidak mungkin mampu mengutip hasil sebanyak RM45 bilion setahun yang kemudian dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk bantuan pendidikan, bantuan kepada pekebun kecil dan nelayan serta Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Kalau pembangkang hendak menghapuskan GST untuk digantikan dengan SST (cukai jualan dan perkhidmatan), itu tipu. Kalau tidak dapat hasil RM45 bilion, negara akan menjadi negara defisit.

Kita tahu bahawa hutang negara kian menguncup tetapi kalau hasil itu tiada, hutang negara akan meningkat dan menjadi seperti di Greece,” katanya ketika berucap pada Program Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Bersama Siswa di Seri Perdana, Putrajaya sini, pada Ahad.
Najib juga berkata kadar GST Malaysia adalah antara yang terendah di dunia iaitu pada enam peratus, di mana 164 negara lain turut melaksanakan GST dengan yang terbaru di India.

Malaysia mula melaksanakan GST pada 1 April 2015.

Menurut Najib, terdapat 13 juta pekerja di negara ini tetapi hanya dua juta daripadanya yang membayar cukai pendapatan.

“Macam mana nak tampung kalau tiada pendapatan, maka kita terpaksa buat GST.

Kempen nak hapuskan GST tu senang, tapi nak terang teori itu.. tiada,” kata Najib lagi.

Wartawan Watan-Online

Monday, March 5, 2018

Buruknya perangai pemimpin PH ni!!!! 'Jangan kerana BR1M kita jadi haiwan yang makan dedak' -- Sallehuddin Ayub

 Posted By Admin


MUAR: Parti Amanah menggesa penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak dikaburi dengan wang yang diberikan.

Timbalan presidennya berkata penerima terutama orang Melayu tidak harus menggadai maruah bangsa hanya kerana diberikan bantuan sedemikian.

“Jangan kerana BR1M, daripada manusia kita jadi bukan manusia. Jangan kerana BR1M, kita orang Melayu, hilang Melayu kita.

“Jangan kerana BR1M, kita akan jadi haiwan yang makan dedak.

“Jangan rendahkan diri Melayu serendah itu. Kita lahir ke dunia Allah takdir kita sebagai orang Melayu, sampai kiamat pun kita tidak boleh ubah bangsa kita.

“Yang memuliakan kita kalau kita jaga negara, jaga hak rakyat. Inilah baru Melayu yang dihormati,” kata Salahuddin Ayub seperti dilaporkan Sinar Harian.

Naib presiden Pakatan Harapan itu berkata demikian ketika berucap di Program Muar Kunci ke Putrajaya di Kampung Sungai Balang, di sini, malam semalam.

Salahuddin berkata bukanlah kaum lain yang menjadi pengkhianat kepada orang Melayu tetapi ia berpunca masalah sesama kaum.

“Bukan Cina yang jadi pengkhianat negara kita, tetapi bangsa kita sendiri yang jadi pengkhianat orang Melayu.

“Cina bukan musuh kita, Lim Kit Siang bukan musuh kita. Tetapi bangsa Melayu sendiri. Orang Melayu ini, bila diberi darjat dan mandat, mereka lupa siapa mereka.

“Lupa mandat yang diberi, malukan darjat maruah dan bangsa sendiri,” beliau dilaporkan berkata.

Source link

Saturday, March 3, 2018

Najib: Sekurang-kurangnya depa berasap dapur

BERNAMA


Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di Alor Setar akan dinaik taraf menjadi sebuah lapangan terbang antarabangsa dalam tempoh lima tahun akan datang dalam usaha membangunkan Bukit Kayu Hitam sebagai hab logistik di utara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata penaiktarafan LTSAH perlu dilakukan sebagai tarikan utama kemasukan pelabur ke Bukit Kayu Hitam, yang bersempadan dengan Thailand.

"Selepas berbincang dengan Menteri Kewangan Kedua dan untuk memajukan Bukit Kayu Hitam, kita perlu menaik taraf Lapangan Terbang Alor Setar (Sultan Abdul Halim) untuk tempoh lima tahun ini sebagai lapangan terbang antarabangsa.

"Penaiktarafan ini sangat sesuai untuk pembangunan logistik Bukit Kayu Hitam selain ia bersempadan dengan Thailand yang potensinya sangat besar," katanya ketika berucap merasmikan Penutup Ekspo Muafakat Kedah di perkarangan Stadium Darulaman di Alor Setar, hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Kemudahan urusan haji dan umrah

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata dengan penaiktarafan itu nanti, LTSAH akan memberi kemudahan kepada rakyat Kedah dalam urusan menunaikan haji dan umrah.

Beliau berkata kerajaan Pusat yakin dapat merealisasikan hasrat tersebut demi pembangunan Kedah khususnya.

"Insya-Allah, kita boleh laksanakan," kata beliau.

Mengenai Langkawi, Najib berkata dalam usaha untuk menjadikan pulau itu sebagai pintu masuk ke negara ini, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah diarah memasukkan ‘aerobridge’ dalam kerja-kerja membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

"Ia untuk penerbangan terus dan jika tiada ‘aerobridge’, pesawat besar seperti Emirates tidak akan datang ke negeri ini. Mereka perlukan ‘aerobridge’ bagi tujuan itu," katanya.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa Kedah tidak akan dipinggirkan malah, terus mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan Persekutuan.

Najib berkata ia sebagai penghargaan kepada Kedah yang merupakan negeri jelapang padi negara.

"Kerajaan negeri Kedah memerlukan sokongan daripada kerajaan Pusat kerana sumber kewangan hasil negeri amat terbatas...kita harus menghargai Kedah," kata beliau.

Beliau berkata setiap bantuan diberikan kerajaan Persekutuan kepada rakyat bukanlah ‘dedak’ seperti ditohmahkan pihak pembangkang sebaliknya ia adalah sebagai langkah kerajaan untuk membantu golongan miskin dan memerlukan.

"Jangan hina rakyat...mereka tetap dapat pembelaan daripada kerajaan Persekutuan," kata beliau.
Najib berkata antaranya adalah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menyaksikan hampir 600,000 rakyat Kedah menerima bantuan itu.

Beliau berkata ini membuktikan keprihatinan kerajaan Persekutan dalam membantu golongan memerlukan untuk memenuhi keperluan asas mereka.

"Sekurang-kurangnya depa (mereka) berasap dapur dan keperluan asas dapat. Ini bukan ‘dedak’ dan ini merupakan sumbangan yang kerajaan berikan kepada rakyat memerlukan. BR1M akan kita teruskan," kata beliau.

Mengenai masalah bekalan air di negeri ini, Najib mengulangi komitmennya untuk membantu rakyat Kedah menikmati kemudahan asas itu menerusi peruntukan RM1 bilion bagi menaik taraf lima loji rawatan air.

"Lima loji ini akan dilaksana secara berfasa dan banyak lagi nikmat yang rakyat dapat dan saya mengharapkan Kedah terus kekal di bawah teraju Barisan Nasional," kata perdana menteri.

Najib kemudian melancarkan Pelan Pembangunan Negeri Kedah 2019-2035 yang antara lain memberi empat tumpuan elemen utama iaitu mempelbagaikan asas ekonomi negeri, melonjak pembangunan holistik lagi berdaya mampan, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta menyediakan negeri ini dengan kekuatan jati diri, modal insan dan tenaga muda selaku impetus (dorongan) utama.

-Bernama

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/414266#4hMROezgud3T3Z0s.99

Tuesday, December 12, 2017

Rakyat kini nikmati taraf hidup jauh lebih tinggi

Bilangan urus niaga dan pembelian dalam negeri mencatatkan aliran menaik serta rakyat Malaysia terus berbelanja di luar negara walaupun hidup dalam era dolar kukuh sejak akhir 2014. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Disember, 2017.

RAKYAT Malaysia kini menikmati taraf hidup lebih tinggi daripada sebelumnya, kata Pengarah Ekonomi, Perdagangan dan Integrasi Serantau di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Firdaos Rosli.

Beliau berkata rakyat Malaysia secara beransur-ansur beralih kepada membeli kenderaan asing berbanding kereta nasional, di samping kurang berbelanja ke atas barangan keperluan dapur, sebaliknya lebih gemar makan di luar sebagaimana dinyatakan dalam Kajian Perbelanjaan Isi Rumah 2016.

Firdaos berkata berdasarkan data diterbitkan Persatuan Automotif Malaysia, jualan jenama pertengahan kereta asing seperti Honda, Ford, Mazda dan Subaru mencatat kadar pertumbuhan tahunan yang lebih tinggi sejak 2009 berbanding juara automotif tempatan, Perodua.

“Baru-baru ini, barangan yang dibeli melalui platform perdagangan dalam talian popular mencatat jualan lebih RM100 juta pada Singles Day pada 11 November. Malaysia pasaran permainan dalam talian terbesar di Asia Tenggara di mana kira-kira RM2.45 bilion dibelanjakan dalam tempoh 10 bulan lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga mempersoalkan sama ada penyusutan ringgit benar-benar menjadi isu, bagaimana rakyat Malaysia mahu menjelaskan yang dalam sembilan bulan pertama 2017, Malaysia mengimport kira-kira dua kali ganda nilai telefon mudah alih (RM6.85 bilion) berbanding kereta berenjin 1.5 hingga tiga liter (RM3.47 bilion).

“Malah nilai import telefon mudah alih lebih tinggi daripada import makanan utama kita seperti beras, susu dan krim, kopi, bawang, kelapa, kacang soya, jagung, susu tepung dan krim digabungkan. Harga runcit produk terbabit selalunya jauh lebih tinggi," katanya.

Menurutnya, pengukuhan dolar AS berbanding ringgit sejak September 2014 tidak menghalang rakyat Malaysia daripada berbelanja ketika berada di seberang laut.

"Merujuk kepada data Bank Negara terbaru, pada 10 bulan pertama 2017, nilai transaksi kad kredit rakyat Malaysia di seberang laut meningkat daripada RM10.9 bilion pada 2015 kepada RM12.3 bilion pada 2016 dan RM13.2 bilion pada 2017.

“Malah, nilai pendahuluan tunai oleh kad kredit Malaysia di luar negara meningkat 68.9% pada 2017 berbanding tempoh yang sama pada 2015.”

Firdaos berkata bilangan urus niaga dan pembelian dalam negeri mencatatkan aliran menaik serta data menunjukkan rakyat Malaysia terus berbelanja di luar negara walaupun hidup dalam era dolar yang kukuh sejak akhir 2014.

Menyentuh kadar pengangguran Malaysia yang berada di bawah 4%, yang ditakrifkan sebagai pekerjaan penuh oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) sejak 1995, beliau berkata kadar pengangguran tidak melepasi paras 4% walaupun kejatuhan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia disebabkan Krisis Kewangan Global 2007/2008.

"Pada 2016, kadar pengangguran Malaysia sebanyak 3.4% lebih rendah daripada kebanyakan ekonomi maju seperti Amerika Syarikat (4.9%), Jerman (4.1%) dan Korea Selatan 3.7%," katanya.

Walaupun harga barangan dan perkhidmatan secara amnya meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Firdaos berkata sejak 2009 purata pendapatan isi rumah bulanan secara keseluruhannya meningkat dengan kumpulan pendapatan isi rumah bawah 40% (B40) berkembang paling cepat berbanding kumpulan pendapatan lain.

"Selain kenaikan bahagian pampasan pekerja kepada KDNK daripada 29.3% pada 2008 kepada 35.3% pada 2016, statistik rasmi juga menunjukkan purata pendapatan isi rumah bulanan Malaysia meningkat 6.6% setahun antara 2014 dan 2016," katanya.

Mengulas mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertujuan untuk meringankan beban kenaikan kos sara hidup dalam kalangan golongan berpendapatan rendah, Firdaos berkata rakyat Malaysia perlu mengiktiraf dua fakta utama mengenai inisiatif itu; sebilangan negara Eropah juga mula menerima idea tersebut tetapi dalam bentuk pendapatan asas sejagat, serta BR1M membantu mengurangkan ketidaksamaan pendapatan.

"Menurut statistik rasmi, koefisien GiNi Malaysia berkurang daripada 0.441 pada 2009 kepada 0.401 pada 2014. Trend sedemikian konsisten dalam semua kumpulan etnik, tetapi yang menariknya, komuniti Cina mencatat penurunan paling rendah daripada yang lain," katanya.

Firdaos berkata pengurangan cukai pendapatan peribadi secara beransur kepada golongan berpendapatan sederhana bermakna mereka mempunyai pendapatan boleh guna jauh lebih besar daripada sebelumnya seperti diumumkan dalam Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Najib Razak pada Oktober lalu, yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 261,000 orang.

Mengenai pengembangan dan pemantapan sistem pengangkutan awam sejak 2009, beliau berkata, ia memberi manfaat kepada penghuni Lembah Klang yang menawarkan tambang murah dan juga pilihan khidmat pengangkutan yang lebih luas berikutan pengesahan perkhidmatan e-hailing.

Bagaimanapun, beliau juga menegaskan kerajaan perlu mengawasi golongan yang kurang bernasib baik sambil terus membantu rakyat untuk memperoleh pendapatan dan pekerja perlu diberi pampasan sewajarnya bagi kerja yang dilaksanakan, seterusnya meningkatkan produktiviti negara. 

Bernama, 12 Disember, 2017.

Saturday, December 2, 2017

'Tak betul kos sara hidup naik sebab harga barang'

Bagi mengelak rakyat terus terbeban dengan kos sara hidup dikatakan semakin meningkat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan giat menerangkan konsep asas ekonomi serta pengurusan kewangan diri di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pegawai-pegawai kementerian akan dihantar memberi ceramah di seluruh kampung, sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk membolehkan masyarakat memahami sekali gus bijak mengawal diri dalam berbelanja.

"Apabila bercakap soal kos sara hidup, kita sepatutnya perlu tengok beberapa elemen. Kita tidak boleh kata kos sara hidup itu naik semata-mata tentang satu harga barang sahaja, sebab kalau ikutkan barang juga terbahagi kepada beberapa faktor.

“Satu, barang-barang keperluan asas di mana kerajaan akan mengawal harganya seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan gas memasak. Ini memang terkawal tidak naik harga, maka jika kata kos sara hidup naik sebab barangan, ini tidak betul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa Tahunan Gasma (Gabungan Ahli Sunnah) 2017 kali kedua di George Town, Pulau Pinang hari ini.

Turut hadir Pengerusi Gasma Abdullah Yasin dan Mufti Mekah Sulaiman Al-Salumi.

Kos sara hidup berbalik kepada masyarakat

Mengulas lanjut, Hamzah yang juga Penasihat Gasma berkata segalanya adalah berbalik kepada masyarakat itu sendiri untuk mencorak kehidupannya dalam menguruskan kewangan dan perbelanjaan masa kini dan mentafsirkan apa dikatakan kos sara hidup meningkat itu.

"Dari segi gaya hidup sekarang, masalahnya kita hendak tunjukkan dari segi status...kalau nak kereta mesti berjenama, bukan kita hendak kereta itu kerana keperluan hendak menggunakan kereta.

"Ini masalah kita, jadi kalau hendak menggunakan kereta kerana keperluan, kita pilih ikut kemampuan kereta mana kita mampu.

"Selain itu, untuk jaga kesihatan kita, kerajaan jaga supaya semua yang sakit boleh pergi hospital bayar murah saja dan boleh dapat apa saja perkhidmatan. Bayar RM1 sudah dapat perkhidmatan dari hospital, jadi di mana masalahnya?

"Masalahnya ialah ukur baju sendiri (ukur baju di badan sendiri). Ini sesuatu yang kita sendiri sepatutnya kawal," katanya.

Beliau berkata kerajaan sentiasa cuba membantu dari segi meningkatkan pendapatan bukan sahaja untuk negara malah kepada mereka yang berniaga, pegawai kerajaan dan sebagainya.

"Kita juga membantu rakyat untuk mereka mampu membeli, contohnya kepada mereka yang gred bawah B40, kita berikan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia)," katanya.

Dari segi kenaikan harga barangan basah seperti ikan dan daging pula, Hamzah berkata ia mengikut kepada permintaan bekalan.

"Mengenai barangan basah seperti sayur, ikan, daging dan ikan ada permintaan terhadap bekalan...waktu bekalan cukup harganya stabil. Bila bekalan tidak mencukupi contohnya musim tengkujuh sekarang, nelayan tidak keluar menangkap ikan, jadi tidak cukup bekalan, sudah tentu harganya berubah.

“Mana mungkin kita hendak mengawal harga bila bekalan tidak cukup. Begitu juga dengan daging kalau import sudah tentu mengikut pertukaran mata wang yang menyebabkan ada turun naik," katanya.

-Bernama

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/404121#iTKDiscyTBZqT4gB.99

Wednesday, November 22, 2017

KDNK 6.2? Rakyat tak rasa ekonomi semakin baik, kata ahli akademi

Nawar Firdaws
November 22, 2017

Prof USM berkata ahli politik tidak sedar apa yang berlaku di bawah dan pihak berkuasa cuba menutup keadaan sebenar.
PETALING JAYA: Seorang ahli akademi hari ini bersetuju dengan Perkasa yang mengatakan majoriti rakyat yang hidup bawah garis kemiskinan adalah Bumiputera.

Prof Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Mohamed Ghouse Nasuruddin, berkata keadaan itu disebabkan kegagalan menyampaikan peruntukan ekonomi.

Beliau berkata kerajaan mempunyai wang tetapi tidak menggunakannya dengan baik. Kerajaan sepatutnya memotong peruntukan untuk “perkara yang tidak perlu” seperti berbilion ringgit yang diperuntukkan kepada Jabatan Perdana Menteri, dan menggunakannya untuk perkara lebih baik.

Ghouse berkata walaupun kerajaan cuba membantu golongan Bumiputera miskin, terutama di kawasan luar bandar, kebocoran dan kelemahan dalam mekanisme penyampaian menyebabkan ramai Bumiputera bergelut mencari nafkah.

“Kalau kamu ke Kelantan, Terengganu, atau sesetengah kawasan di Pulau Pinang, kamu boleh nampak ramai orang miskin. Peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada mereka tidak sampai kepada rakyat kerana ada kecacatan pada mekanisme penyampaian.

“Pihak berkuasa pula tidak peduli. Ahli politik, ke mana sahaja mereka pergi, diletakkan dalam keadaan yang diadakan. Kerana itu, mereka sebenarnya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di bawah,” katanya kepada FMt.

Turut tidak membantu ialah pihak berkuasa enggan mengakui masalah di lapangan, sebaliknya lebih gemar menutup masalah itu, katanya.

Beliau memberi contoh penekanan Bank Negara Malaysia pada pertumbuhan ekonomi 6.2% pada suku tahun ketiga 2017.

Beliau berkata meskipun bank pusat menggambarkan keadaan ekonomi yang baik, rakyat di bawah melihat keadaan yang berbeza.

“Ahli politik perlu turun padang dan tengok sendiri keadaan sebenar di bawah, kerana di bawah majoriti Bumiputera, termasuk di Sabah dan Sarawak, mengalami masalah kewangan.

“Orang Melayu contohnya lebih bertani. Mereka bekerja di luar bandar tetapi kerana kekurangan prasarana, pulangan tidak besar.”

Ghouse berkata kebanyakan prasarana disediakan di kawasan bandar dan begitu juga kebanyakan pembangunan, menyebabkan warga desa tidak diberi prasarana secukupnya.

Beliau berkata bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak banyak membantu seperti yang kerajaan sangkakan. Bantuan itu tidak mencukupi untuk rakyat menangani kenaikan harga barangan dan kadar inflasi, katanya.

“Salurkan wang itu kepada sektor yang sangat diperlukan. Tetapi kita benar-benar perlukan profesional untuk lakukan tinjauan dan cari cara terbaik memperuntukkan dana itu.

“Kita ada wang, tetapi kita tak gunakan untuk manfaat rakyat.”

Sunday, November 19, 2017

Perkasa: Lebih 95% rakyat miskin ialah Bumiputera

Mohamad Fadli 
November 19, 2017

Naib Presiden Perkasa, Ruhanie Ahmad menggesa kerajaan menangani segera ketidaksamarataan itu berpandukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

KUALA LUMPUR: Perkasa mendakwa lebih 95% rakyat miskin di Malaysia terdiri daripada Bumiputera yang jauh ketinggalan dalam bidang sosioekonomi.

Naib Presidennya, Datuk Ruhanie Ahmad berkata, kedudukan sosioekonomi Bumiputera dalam keadaan bahaya.

“Lebih 75% pekerja am di Malaysia adalah Bumiputera, lebih 75% pekerja bergaji rendah di Malaysia adalah Bumiputera dan lebih 75% penganggur di Malaysia juga adalah Bumiputera.

“Jadi, inilah hakikat sebenarnya mengenai Bumiputera sekarang dan tidak adil jika status sosioekonomi mereka disamaratakan dengan lain-lain kaum di Malaysia,” katanya ketika berucap di Forum Belanjawan 2018: Di Mana Keistimewaan Bumiputera malam tadi.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Agenda Nasional Bumiputera Perkasa itu menggesa kerajaan menangani segera ketidaksamarataan itu berpandukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Segala dasar dan program afirmatif dan ‘empowerment’ sosioekonomi Bumiputera tidak boleh disamaratakan status dan fokusnya dengan program dasar untuk membela nasib sosioekonomi lain-lain kaum di Malaysia.”

Seorang panelis dalam forum itu, Dr Mohd Yusof Saari berkata, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu dilaksanakan.

Pensyarah kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia itu berkata, BR1M tidak membantu apabila harga makanan semakin meningkat.

“Sepatutnya beri subsidi penuh pada rakyat. Misalnya untuk barang asas seperti makanan. Ini kerana orang kaya tak banyak belanja untuk makanan. Tetapi rakyat marhaen yang banyak belanja untuk membeli makanan.”

Pada 30 Oktober lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata, pertambahan penerima BR1M membuktikan dasar ekonomi kerajaan gagal mengeluarkan rakyat daripada belenggu kemiskinan.

Beliau berkata, program bantuan wang tunai itu terbukti berjaya jika penerima BR1M semakin berkurangan, bukannya meningkat.

Katanya, bermula dengan 4.1 juta penerima BR1M pada 2012, pentadbiran Barisan Nasional (BN) bukan sahaja gagal mengurangkan jumlah itu, sebaliknya ia bertambah 2.9 juta penerima sejak 5 tahun lalu kepada 7 juta penerima.

Presiden PKR dan Pakatan Harapan itu berkata, kerajaan yang bertanggungjawab akan memikirkan dasar yang mampu membimbing kelompok itu keluar daripada kepompong kemiskinan, bukan sekadar memberi “ikan” tetapi juga “kail”.

Tuesday, November 14, 2017

'Kebahagian rakyat meningkat dengan BR1M'


Kerajaan hari ini mengaitkan peningkatan kedudukan negara dalam Laporan Kebahagiaan Sedunia 2017 (World Happiness Report) dengan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Dalam jawapan parlimen bertarikh 6 November, Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata negara menduduki tempat ke-42 daripada 155 negara untuk tahun ini, meningkat lima kedudukan berbanding di tempat ke-47 tahun lalu.

JPM berkata, ini merupakan peningkatan untuk tahun kedua berturut-turut.

"Di kalangan negara ASEAN, negara menduduki tempat ketiga selepas Singapura (26) dan Thailand (32), serta jauh lebih baik berbanding negara ASEAN lain, misalnya Filipina (72) dan Indonesia (81).

"Malah kedudukan negara juga lebih tinggi daripada beberapa negara maju seperti Italy (48), Japun (51), Korea Selatan (56) dan Hong Kong (71)," kata JPM.

JPM berkata, pencapaian itu berpunca daripada peningkatan dalam aspek sokongan sosial, pendapatan per kapita dan kebebasan membuat pilihan.

Kata JPM lagi, pencapaian itu menunjukkan kerajaan sentiasa memastikan tahap kesejahteraan hidup rakyat meningkat selaras dengan pembangunan negara, termasuk melalui Rancangan Malaysia ke-11.

Kerajaan juga memberi penekanan terhadap aspek pembangunan modal insan dan sosial bagi membantu rakyat berhadapan bebanan kos sara hidup yang meningkat.

"Ini termasuklah pemberian BR1M kepada sejumlah tujuh juta isi rumah yang berpendapatan rendah, 334 Klinik 1Malaysia yang menawarkan perkhidmatan dengan bayaran serendah RM1, dan 1,061 Klinik Kesihatan seluruh negara yang mana 242 daripadanya dilengkapi perkhidmatan pakar," kata JPM lagi.

Read more at
https://www.malaysiakini.com/news/401876#3RoMt8qyDWy4fkku.99

Bajet 2018: Mengapa Pas berkecuali lagi?

IDRIS AHMAD
13 NOVEMBER 2017
Idris Ahmad - Foto sumber internet

HARI ini tamat Menteri menjawab Perbahasan Belanjawan 2018 di Peringkat Dasar. Setelah dibahaskan daripada 30 Oktober 2017 hingga 13 November 2017. Petang ini hari untuk mengundi.

Menyokong 107 orang, menentang 59 orang dan 11 orang berkecuali. Peraturan membenarkan untuk sokong, tolak atau tidak mengundi (berkecuali).

Keputusan Pas berkecuali bermakna ada yang Pas sokong dan ada yang Pas bangkang.

Pas sokong perbelanjaan yang bermanfaat kepada rakyat seperti mendirikan sekolah, hospital, BRIM, biasiswa, bantuan kepada petani, nelayan.

Pas membantah 1MDB yang tidak selesai hingga kini, masalah Felda, GST yang menyusahkan rakyat miskin, Tol, ketirisan, projek tidak sampai kepada sasaran, diskriminasi, kroni.

Semua Ahli Parlimen Pas membantah dan memberi cadangan sewaktu membahaskan bajet.

Cuma Pas berkecuali ketika mengundi. Apa masalahnya?. Musuh Pas akan tuduh macam-macam. Modal yang paling popular Pas hendak berUG dengan Umno. Pas hendak bagi nafas kepada Datuk Seri Najib. Pas sudah lali dengan tuduhan itu.

Jikalau Ahli Parlimen Pas tolak bajet, tiba-tiba sewaktu bahas kita minta kerajaan berikan projek sekolah, hospital, jalan raya dan lain-lain lagi. Bukankah ini satu kepelikan, tolak tetapi minta projek?.

Pas ada sikap yang tersendiri. RUU 355 Pas sokong kerana manfaat kepada ummah. Walau pun Pakatan Harapan menolak. RUU164, Pas lawan walaupun dibawa oleh kerajaan.

Pakatan Harapan menyokong, malahan mencadangkan supaya kerajaan membawa ke dalam parlimen bagi membolehkan pindaan Perlembagaan dibuat untuk mendapat 2/3. PH bersedia untuk bersama kerajaan BN dalam isu RUU364. Pas tidak tuduh PH berUG dengan BN.

Hari ini Pas berkecuali lagi. Sikap Pas jelas, kebenaran rakan Pas, walau pun yang membawa itu musuh. Kebatilan adalah musuh Pas walau pun yang membawa itu kawan Pas.

Pas meraikan mereka yang menentang bajet, terpulang kepada pendirian masing-masing.

*** Idris Ahmad merupakan Naib Presiden Pas dan Ahli Parlimen Bukit Gantang

Sunday, October 29, 2017

Bajet '18 pengakuan tak langsung kegagalan kerajaan

Tuan Ibrahim Tuan Man

Bajet 2018 memperlihatkan peruntukan bagi perbelanjaan operasi meningkat kepada RM234.3 bilion daripada RM214.8 bilion pada 2017, iaitu penambahan perbelanjaan sebanyak 9 peratus.

Ini setara dengan jangkaan peningkatan hasil negara pada 2018 yang dianggarkan meningkat 9 peratus daripada RM219.7 bilion pada 2017 kepada RM239.9 bilion pada 2018.

Ini menyebabkan negara tidak berupaya menambah peruntukan pembangunan dan ia kekal pada kadar RM46 bilion.

Sekiranya semua anggaran hasil negara dari 2018 sebanyak RM239.9 bilion digunakan untuk membiayai kos perbelanjaan operasi sebanyak RM234.3 bilion, ini bermakna 88 peratus kos pembangunan (RM40.4 bilion) perlu ditampung melalui pinjaman.

Dengan peruntukan hanya 16 peratus untuk pembangunan, maka hasrat mencapai status negara maju yang digaris dalam Wawasan 2020 akan hanya menjadi angan-angan yang tidak mungkin menjadi kenyataan.

Dengan komitmen kos operasi setinggi ini, jika BN menang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, kadar GST dijangka akan terpaksa dinaikkan sekiranya negara memerlukan dana untuk pembangunan.

Peruntukan BR1M kekal

Bajet 2017 yang bertemakan "Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh" nampaknya gagal apabila jumlah BR1M yang diperuntukan kekal pada kadar yang sama.

Ini bermakna jumlah rakyat yang masih memerlukan bantuan kekal sama, dan cara pengurusan BN tidak berjaya mensejahterakan rakyat.

Sekiranya negara semakin makmur, sepatutnya jumlah keluarga atau individu yang layak menerima BR1M akan berkurang kerana pendapatan mereka bertambah.

Pengekalan peruntukan BR1M menandakan kegagalan kerajaan meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah.

Pengurangan cukai berpendapatan individu pemastautin untuk 2.3 juta pembayar cukai terutamanya bagi golongan M40 atau lebih tepat pendapatan isi rumah di bawah RM9 ribu sebulan adalah pengakuan tidak rasmi kerajaan bahawa polisi ekonomi kini bukan sahaja menyempitkan kewangan golongan berpendapatan rendah malah kini ia menyebabkan golongan pertengahan juga bergelut dengan kenaikan kos kehidupan.

Golongan pertengahan ini terpaksa dibantu agar mereka boleh meningkatkan pendapatan boleh guna melalui pengurangan cukai ini.

Diskaun bayaran balik PTPTN dilanjutkan

PAS menyambut baik tawaran ini, bahkan ianya satu pengakuan tidak rasmi kerajaan bahawa ramai graduan yang tidak berkemampuan untuk menjelaskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Apakah ia kerana sikap atau pun sebenarnya disebabkan kurangnya peluang pekerjaan untuk graduan, atau kenaikan kos sara hidup yang menyebabkan mereka tidak mempunyai lebihan duit untuk melakukan pembayaran balik semula PTPTN?

Kerajaan juga perlu meneroka sumber baru bagi menjana pendapatan negara. Bajet kali ini masih terikat dengan sumber tradisi.

Penerokaan kepada cukai ke atas simpanan syarikat dan koperat (taxation on deposit), cukai perdagangan keuntungan saham di Bursa Malaysia (tax on share trading gain) adalah seperti dikemukakan PAS dalam Dokumen Hijau serta kawalan kos melalui strategi mensifarkan ketirisan, rasuah dan pembaziran. Ini termasuk menyemak kembali agensi yang bertindan tugas dan fungsi.

Penghapusan tol

Tindakan menghapuskan tol di empat lokasi adalah tindakan yang wajar, namun beberapa tol yang terlalu lama seperti tol Gombak dan Karak juga perlu dihapuskan.

Seperti diumumkan, bajet kali ini ialah tawaran kerajaan bagi menghadapi PRU ke-14. PAS khuatir ianya hanyalah umpan yang akan menambah bebanan rakyat sekiranya BN terus kekal memerintah.

Insya-Allah semua anggota parlimen PAS akan mengambil bahagian secara aktif dalam membahas bajet ini agar ia benar-benar memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN ialah timbalan presiden PAS.

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-