Tuesday, March 12, 2013
Bapa Saiful : tiada niat mengkhianati anak............
PETALING JAYA - Di sebalik dakwaan banyak pihak bahawa beliau membuat pusingan 'U' dalam isu berkaitan kes liwat Saiful-Anwar, Azlan Mohd Lazim hari ini memohon maaf kepada Saiful Bukhari sambil menegaskan, tindakan beliau membuat pendedahan mengejutkan Jumaat lalu bukan bertujuan mahu menganiaya dia.
Menyifatkan beliau tahu apa yang berlaku di belakang tabir, Azlan bagaimanapun berkata, kasih sayangnya kepada anak kandungnya itu tidak berbelah-bahagi.
"Saya menghargai kenyataan Saiful yang hormat dan sayang saya hingga ke akhir hayat. Bukan bermakna saya sertai PKR, saya akan sisih mereka," katanya pada sidang media selepas menyerahkan permohonan untuk menyertai PKR, di sini, hari ini.
Enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan kononnya beliau dibayar oleh pihak tertentu untuk berbuat demikian, Azlan berkata, terpulanglah kepada orang ramai untuk membuat penilaian.
"Saya tak berhak untuk tahan tohmahan," ujar beliau menjawab soalan bertubi-tubi daripada pihak media.
Terbaru, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah tidak menolak kemungkinan Azlan dibiayai pihak tertentu untuk menukar kenyataannya sebelum ini.
Menurutnya, beliau tidak terkejut sekiranya bapa Saiful itu akan menjadi jutawan baru dalam masa terdekat ini kerana dibiayai oleh pimpinan PKR.
Menurut Azlan, kenyataan yang dibuatnya itu juga bukan bertujuan untuk meraih sokongan rakyat.
"Terpulanglah kepada rakyat Malaysia," katanya.
Pada sidang media sama, Azlan menegaskan, beliau tidak akan menjejak langkah anaknya dengan melakukan sumpah laknat bagi membuktikan dakwaan beliau bahawa anaknya itu dipergunakan pihak tertentu untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua.
"Soal sumpah, banyak orang bersumpah. Saya tak akan bersumpah," kata Azlan sambil menegaskan, "saya tak takut."
"Kalau saya takut, saya tak akan beri apa-apa kenyataan," katanya.
Kelmarin, Anwar mengucapkan jutaan terima kasih kepada Azlan di atas pendedahan yang dibuatnya.
Anwar berkata, ia membuktikan lagi bahawa adanya konspirasi jahat untuk menjatuhkan beliau.
-sinarharian.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
Ni yang Wak tersangat hairan sekali, ade pulak yang kene main goncang2 pulak baru mau jadi. Kalu tak goncang make iayenye tak boleh menjad...
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
-
"KULA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menasihati MCA menyelesaikan kemelut politik mereka dengan segera sebelum rakyat mengambi...
-
photo hiasan Lembu korban terkorban Ber ribu2 ekor lembu telah terkorban pada hari raya pertama kedua dan ketiga. Tidak kurang pula warg...
-
What happened in Ayodhya? In 1992 a mosque in Ayodhya was torn down by angry Hindus who believed that Hindu...
-
Nik Amar perlu ukur baju di badan sendiri Kedudukan penyandang jawatan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kini dilihat le...
-
Wak heran juge bile semakin ramai terutamenye kaum mude mudi keturunan banjar sudah semakin melupekan asal usul diri mereke. Boleh dikatekan...
Kita tunggu kesudahannya.
ReplyDeleteRamai yg dah pening sekarang ni wak hahaha....