Tuesday, April 23, 2013

Sokongan melayu terhadap BN mencecah 68 peratus....???


Selasa, 23 April 2013
Majoriti Melayu sokong BN.



KUALA LUMPUR : Satu kajian yang dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati majoriti masyarakat Melayu memilih untuk menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
 

Kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik UKM bagi tempoh antara Disember 2012 dan Mac lalu menyaksikan trend sokongan tersebut mencecah sehingga 68 peratus.
 

 Pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, antara faktor sokongan itu ialah kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan program transformasi.....

Mengikut Wak punye kajian pule, sokongan kaum bukan melayu terhadap BN cume lebih kurang di bawah 10 peratus saje, dan sokongan kaum melayu sekarang ni cume tinggal di bawah 60 peratus saje. Jadi nye pendapat Dr. Mohd. Fuad tu tak jauh sangat dengan pendapat kajian Wak. Bezanye cume 8 peratus saje.

Sebenar nye jike kite fikirkan bagaimane pule kedudukan BN di kawasan2 majoriti kaum bukan melayu yang melebihi 50 peratus. BN pasti akan tumbang tergolek di kawasan2 majoriti nye kaum bukan melayu.

Kebelakangan ni makin bertambah banyak yang menjadi sebab2 kenape kaum bukan melayu semakin menolak BN. Presiden MCA dan P Gerakan sendiri tidak berani masuk bertanding dalam PRU 13 pade 5 hb. Mei ini. Ini membukti kan betape buruk nye keadaan parti komponen BN ni.

Dengan tersenarai nye due orang calon 'katak' yang berasal dari keturunan PERKASA kedalam BN, make BN akan pasti mendapat 0 peratus dari sokongan kaum bukan melayu. PERKASA sudah di tentang secare terang2 oleh parti2 komponen BN. Sekarang sangat sukar bagi UMNO untuk menafikan bahawe PERKASA itu tiade kaitan dengan UMNO.

Pade fikiran Wak yang bukan profesor ni, BN pasti akan mendapat kesukaran jike 32 peratus sahaje kaum melayu menyokong Pakatan Rakyat. Jike kite membuat kesimpulan tentang kajian Dr Mohd. Fuad ni, pasti BN akan tumbang pade PRU 13 ini.

2 comments:

  1. sokongan melayu pada umno hanya yang melayu tak bolih fikir selain umno ...

    http://relaxkedaikopi.blogspot.com/2013/04/rakyat-membetuk-kerajaan.html

    ReplyDelete
  2. Kalau sokong PKR dapat main depan belakang ....

    bagussss.........

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-