Wak tak heran kalu Lim Kit Siang dari DAP tu kecundang di Gelang Patah Johor pade PRU13 ni. Sebab nye negeri Johor memang sudah terkenal sebagai kubu kuat UMNO sejak dari dulu2 lagi. Di zaman tahun2 enam puluhan atau tujuh puluhan ramai parti pembangkang pasti akan hilang wang pertaruhan nye jike bertanding di negeri Johor.
Wak memang puji keberanian Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah yang boleh juge dikatekan kubu kuat BN. Malahan orang yang akan di tentang oleh LKS tu bukan nye calang2 manusie. Kalau nak di bandingkan boleh lah di sebut sebagai general angkatan perang UMNO di negeri Johor.
Wak kire kalu LKS datap tewaskan general UMNO johor ni memang satu kemenangan yang sangat besar bagi Pakatan Rakyat. Dan di sebalik itu ianye akan memberikan kemaluan yang teramat2 besar kepade UMNO Johor.
Untuk menentukan siape yang akan menang Wak serahkan kepade kebijaksanaan pengundi2 di Gelang Patah pade 6hb Mei, 2013 nanti. Di sini Wak cume boleh memberikan sedikit andaian sahaje tentang kebolehan masing2 bagi calon2 yang akan bertanding di Gelang Patah.
Mengikut logik nye, Ghani Othman memang ade kelebihan untuk menang, pertame beliau sedang berade di posisi yang baik dan kukuh sebagai Menteri Besar Johor yang dah lame berjase kepade anak2 negeri Johor. Jike 33% penduduk melayu menyokong nye 100%, beliau cume memerlukan lebih kurang 20% sahaje dari sokongan kaum bukan melayu.
Perkare yang sedikit menyulitkan Ghani Othman ialah terhadap sokongan dari kaum bukan melayu. Jike 50% sahaje kaum bukan melayu berpehak kepade LKS, make tumbang tergolek lah panglime perang UMNO ni. Perkare ni tidak mustahil akan berlaku kerane kini kebangkitan rakyat yang mahu tukar kerajaan sedang hangat membare.
Kali ini umno/bn akan tergugat di Johor kerana sokongan org cina & india begitu tinggi kpd DAP & PR. Rasa-rasanya gelang patah akan saksikan umno/bn di kuburkan. MCA dah mula pulaukan aktiviti bn. Kita akan saksikan tsunami akan melanda dari selatan pula kali ini. Org melayu johor perlu bangkit tolak umno/bn dari terus menjual tanah milik melayu kpd pelabur asing terutama singapura.
ReplyDeleteghani osman adalah pengkhianat org melayu sanggup merampas dan menjual tanah melayu kpd kroni dan org asing. Kuburkan ghani di Gelang Patah...................ABU
Abuamir
Kalau dah 53% pengundi Cina macam mana boleh Ghani Othman hulur kepala untuk disembelih?
ReplyDeletePaling kurang 85% undi Cina kepada Kit Siang. Dan jangan lupa Kit Siang balik kampung!
Melayu setakat 20% pun dah cukup tumbangkan Ghani.
Kesian pulak tengok cara nak buang Ghani oleh UMNO Johor.
Tak semesti Khalid Nordin boleh menang di Permas pun.