Bolehkah kite salahkan UMNO kerane ketinggalan kaum melayu ini? Boleh kah kite anggap bahawe ketinggalan kaum melayu ini disebab kan oleh sikap orang melayu itu sendiri? Adakah kemajuan kaum melayu ini BUKAN tanggung jawab UMNO? Inilah beberape persoalan yang sangat perlu kite selesaikan bersame.
Pade pendapat Wak, UMNO tidak 'bijak' memerintah negare. Semenjak UMNO memerintah negare kite kehilangan Singapura, P Batu Putih dan mutakhir ni kite pula menggalak kan Singapur meluaskan tanah 'jajahan' nye hingge ke seberang Tambak Johor pule.
Orang melayu ni kalu Wak kate kan 'bodoh bute tuli', nanti ramai yang marahkan Wak. Mengape Wak kate begitu sebab nye melayu tidak sedar telah membiarkan diri mereke di 'jajah'. Tanah air sendiri telah banyak lesap entah ke mane, kini "Iskandar Malaysia" pule di jujud kan.
Iskandar Malaysia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Iskandar Malaysia, dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian selatan Johor. Koridor ini juga dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor.Isi kandungan
Latar belakang
Koridor ini diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Julai 2006. Koridor ini telah bertukar nama kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada 4 November 2006 bersempena nama Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Namanya ditukar lagi menjadi Iskandar Malaysia pada 11 April 2008.[1]Tempoh pembangunan kawasan ini adalah sehingga tahun 2025 dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama.
Iskandar Malaysia juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini. Apabila ia siap kelak, keseluruhan kawasan pembangunan dikatakan menyamai 2 setengah kali ganda keluasan Singapura. Khazanah Nasional Berhad akan memainkan peranan utama dalam merealisasikan wawasan itu.
Kewujudan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu
diyakini mampu menarik firma besar bertaraf antarabangsa menjalankan
perniagaan di situ.
Assalamualaikum wr.wb,
ReplyDeleteKabare Wak, waras? Cuma UMNO enggak waras, sewel gitu.
Ate ... melayu mane boleh jadi ceghodek, kalo ceghodek diteghebannye ke laut macam Hang Nadim di Temasik mase pulo tu dilanggo todak. Kalo ade yg ghase ceghodek tu, baikle mengkomer simpan je. Demer tu jenih busuk peghut bodoh bukan kepalang tak boleh diajo lagi dah. Kenele tunggu UMNO tumpo dulu...
Aku setuju untuk tidak bersetuju dengan Wak.
ReplyDeleteUMNO ditubuhkan untuk wakili orang Melayu. Pada masa tu semua orang melayu bersungguh-sungguh bersatu di bawah UMNO. Bila ada antara ahli UMNO yang kecewa, mereka keluar dan tubuh parti baru. Maka lahirlah Parti Negara, PAS dan S46. PAS lahir disebabkan kekecewaan pemimpin UMNO. Dalam bahasa mudah, PAS adalah parti orang kecewa.
Orang kecewa selalu anggap bahawa diri mereka lebih cerdik dan mereka sesuka hati membodohkan orang lain yang mengecewakan mereka. Dikatakan bodoh tidak semestinya bodoh.
Iskandar Malaysia adalah hasil daripada kesilapan PM pada masa tu. Aku bersetuju dengan yang bersetuju bahawa PM pada masa tu tidak tahu buat kerja dan banyak bergantung kepada penasihat. Samalah dengan PM sekarang ni. Bila pemimpin buat silap, maka rakyat yang menanggung sengsara.
"Like"........
DeleteItu UMNO yg ditubuhkan pd 1946. Dimasa itu melayu tidak menyangka ada parti lain untuk membela nasib melayu. Adakah anda telah wujud ketika itu? UMNO itu telah diharamkan oleh mahkamah, ia adalah hakikat sejarah yg tidak boleh dinafikan.
DeleteUMNO yg ada sekarang merupakan parti ciplak dari UMNO yg asal itu, dikenali sebagai UMNO(B) dlm bahasa melayu pula Pekembar(B) , cuba sebut. Pekembar(B) ditubuhkan dlm tahun 1988 diatas perpecahan melayu UMNO yg asal, akibat penipuan yg amat nyata pemimpin ketika itu untuk mempertahankan kuasanya. Mana ada lagi parti UMNO yg asal, setelah diharamkan oleh mahkamah tidak wajar dikaitkan dgn UMNO yg ada sekarang. UMNO(B) iaitu Pekembar(B) yg ada sekarang juga terbentuk dr perpecahan melayu berbanding UMNO yg asal. Anda seharusnya mengkaji sejarah penubuhan UMNO dan UMNO(B) yg merupakan 2 entiti berbeza, sebelum memberi ulasan.