Showing posts with label Iskandar Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Iskandar Malaysia. Show all posts

Saturday, February 28, 2015

Iskandar Malaysia - 'China Town' terbesar di Malaysia?


Iskandar Malaysia milik siapa? Nasib anak bandar Malaysia terpinggir kerana pembangunan hartanah yang hanya memberi manfaat kepada warga asing

Selepas membaca laporan khas Sinar Harian tentang pembangunan di Iskandar Malaysia pada minggu lepas, saya rasa satu fakta penting telah diabaikan, iaitu bukan sahaja nasib kaum Melayu bandar terpinggir dalam isu pemilikan rumah. Sebenarnya, semua anak Malaysia yang telah lama menetap di Johor Bahru dan wilayah Iskandar berasa, pembangunan hartanah sekarang tidak memberi sebarang manfaat kepada mereka.

Kita tidak boleh menafikan bahawa, pembangunan pesat Wilayah Iskandar menambah peluang perkerjaan dan pelaburan antara golongan muda tempatan serta meningkatkan pendapatan golongan pekerja.

Peningkatan pendapatan pula tidak seimbang dengan peningkatan harga hartanah dan kos sara hidup dalam Wilayah Iskandar. Melihat kepada keadaan pasaran hartanah Iskandar Malaysia sekarang, semua orang tahu bahawa golongan muda menghadapi masalah untuk membeli sebuah rumah mampu milik.

Malah, keadaan sebenarnya lebih teruk daripada apa yang kita fikirkan. Menurut jawapan yang saya perolehi dalam sidang dewan yang lalu, sebanyak 7,830 unit hartanah dibeli oleh warga asing dalam tahun 2014 berbanding dengan 6,824 unit dalam tahun 2013.

Warga Singapura masih merupakan negara tertinggi dalam kalangan pembeli hartanah, iaitu 4,314 unit. Walau bagaimanapun, bilangan hartanah yang dibeli oleh warga Singapura telah berkurang sebanyak 20% dalam tahun 2014 berbanding dengan tahun 2013.

Statistik yang paling mengejutkan adalah peningkatan bilangan hartanah yang diperolehi warga Republik China. Bilangan hartanah yang dibeli oleh warga China meningkat sebanyak 477% daripada 436 unit dalam tahun 2013 ke 2078 unit dalam tahun 2014.

Dengan arus perkembangan sebegini, anak muda Malaysia terus hilang tempat tinggal dalam Wilayah Iskandar. Ini kerana lokasi perdana bandar yang dimiliki pemaju swasta hanya membina rumah mewah untuk pemilik warga asing.

Bilangan rumah mampu milik yang akan dibina oleh kerajaan tidak cukup kalau berbanding dengan bilangan rumah milik warga asing. Menurut jawapan dalam persidangan DUN bulan Jun tahun 2014, kerajaan hanya membina 2,150 unit rumah mampu milik seluruh negeri dari Mei 2015 hingga Mei 2014.

Untuk pembinaan jangka masa sederhana, rumah mampu milik yang dalam bentuk pembinaaan untuk tempoh 2013 hingga 2016, hanyalah sebanyak 11,600 unit sahaja. Walaupun pemaju swasta telah menjual sebanyak 21,797 unit rumah mewah kepada warga asing bagi tempoh 2009 hingga 2014.

Anak Malaysia yang tinggal di bandar tidak menolak pembangunan, namun kerajaan seharusnya menjaga kepentingan rakyat sendiri terlebih dahulu. Lokasi perdana tidak sepatutnya dijual kepada pemaju warga asing yang hanya membina rumah mewah untuk warga asing.

Manakala golongan pendapatan sederhana dan rendah terpaksa tinggal jauh dari pusat bandar, malah terpaksa membeli kenderaan sendiri kerana kerajaan tidak menyediakan fasiliti pengangkutan awam secara menyeluruh berhampiran tempat tinggal mereka.

Isu peminggiran dalam pembangunan pesat Wilayah Iskandar bukan isu satu kaum sahaja, ia sebenarnya sebuah isu yang cukup besar dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia yang tinggal di Johor Bahru tanpa mengira kaum.

Saya mendesak kerajaan negeri serta persekutuan memastikan bahawa, rumah mampu milik untuk golongan pendapatan sederhana dan rendah seharusnya dibina berdekatan lokasi perdana. Selain daripada itu, pengangkutan awam perlu disediakan terlebih dahulu untuk meringankan beban hidup serta mengubah nasib golongan pendapatan sederhana dan rendah.

Wong Shu Qi
PENGARAH POLISI DAP JOHOR & ADUN SENAI
Kenyataan media oleh Wong Shu Qi di Johor Bahru pada hari Khamis, 26 Februari 2015

Saturday, December 14, 2013

Kite semue harus berase bangge dibawah pemerintahan kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO

Wak nak cerite sikit tentang kejayaan2 UMNO selame menerajui pemerintahan negare selame hampir lebih dari 60 tahun. Mungkin ramai juge yang sependapat dengan Wak bahawe kehidupan kaum melayu semakin ketinggalan jauh kebelakang jike dibandingkan dengan kemajuan kaum cine dan india.

Bolehkah kite salahkan UMNO kerane ketinggalan kaum melayu ini? Boleh kah kite anggap bahawe ketinggalan kaum melayu ini disebab kan oleh sikap orang melayu itu sendiri? Adakah kemajuan kaum melayu ini BUKAN tanggung jawab UMNO? Inilah beberape persoalan yang sangat perlu kite selesaikan bersame.

Pade pendapat Wak, UMNO tidak 'bijak' memerintah negare. Semenjak UMNO memerintah negare kite kehilangan Singapura, P Batu Putih dan mutakhir ni kite pula menggalak kan Singapur meluaskan tanah 'jajahan' nye hingge ke seberang Tambak Johor pule.

Orang melayu ni kalu Wak kate kan 'bodoh bute tuli', nanti ramai yang marahkan Wak. Mengape Wak kate begitu sebab nye melayu tidak sedar telah membiarkan diri mereke di 'jajah'. Tanah air sendiri telah banyak  lesap entah ke mane, kini "Iskandar Malaysia" pule di jujud kan.

Iskandar Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Iskandar Malaysia, dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian selatan Johor. Koridor ini juga dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor.

Latar belakang

Koridor ini diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Julai 2006. Koridor ini telah bertukar nama kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada 4 November 2006 bersempena nama Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Namanya ditukar lagi menjadi Iskandar Malaysia pada 11 April 2008.[1]
Tempoh pembangunan kawasan ini adalah sehingga tahun 2025 dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama.
Iskandar Malaysia juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini. Apabila ia siap kelak, keseluruhan kawasan pembangunan dikatakan menyamai 2 setengah kali ganda keluasan Singapura. Khazanah Nasional Berhad akan memainkan peranan utama dalam merealisasikan wawasan itu.
Kewujudan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu diyakini mampu menarik firma besar bertaraf antarabangsa menjalankan perniagaan di situ.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-